Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaimie tampil mendedahkan bahawa dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika di bangku zaman persekolahan hanya kerana memiliki rambut kerinting.

Artikel Berkaitan: ‘Jaga Solat, Mengaji & Zikir.. Alhamdulillah Tak Henti-Henti Allah Bagi Rezeki’ – Atikah Suhaimie

Artikel Berkaitan: ‘Sedih Orang Cakap Kita Red Flag Sebab Tak Ada Kawan’ – Atikah Suhaimie

Dibuli zaman sekolah

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan rasa kagum terhadap rambut kerinting semula jadi yang dimiliki aktres berkenaan.

Maksudnya awak memang rambut kerinting semula jadi lah ya?

Rambut curly ini impian saya, tapi memang sangat tinggi penjagaannya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian apabila Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaimie, 35, mendedahkan bahawa rakan-rakan sekolahnya pernah bertindak membaling objek ke arah kepalanya.

Sebenarnya saya kena buli waktu sekolah sebab dulu berambut kerinting.

Budak-budak sekolah siap baling benda ke rambut saya macam isi stapler dan pensel, semata-mata nak tengok benda tu boleh tersangkut dalam rambut atau tak.

Sehubungan itu, dia mengakui bahawa insiden buli tersebut telah meninggalkan kesan trauma buat dirinya.

Trauma.

Sumber: Threads