
Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaimie berpandangan bahawa setiap wanita perlu menerima perubahan diri, terutama selepas melalui fasa kehamilan dan kelahiran.
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Ramai Suka Beli Barang & Bayar Guna Cara COD? Bayar Online Lebih Mudah’ – Atikah Suhaimie
Artikel Berkaitan: ‘Cari Kawan Yang Bercakap Guna Bahasa Inggeris’ – Atikah Suhaimie
Selesa pakai baju longgar
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan perasaan kurang selesa dengan perubahan bentuk tubuhnya selepas bersalin apabila sudah memasuki empat bulan fasa berpantang.
Rasa buruknya diri ini selepas bersalin.
Dah empat bulan postpartum and mommy pouch, sama macam empat bulan mengandung.
Tertanya juga, bila agaknya badan ini boleh kembali macam dulu?
Rindu nak rasa cantik dan yakin dengan diri sendiri.
Tadi nak selfie pun tak jadi sebab rasa macam buruk.
Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Atikah, atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaimie, 35, berkongsi bahawa ketika melalui fasa berpantang, dia lebih selesa memakai pakaian longgar bagi menutup bahagian perut.
Selain itu, dia turut menggunakan pelembap bibir dan bedak tabur di rumah untuk kelihatan lebih berseri.
Selamat tinggal kepada diri yang lama, dan selamat datang kepada diri yang baru dan lebih kuat .
Sewaktu saya berpantang dulu, lebih selesa pakai baju yang longgar untuk sorok perut buncit.
Di rumah pun, Tika tetap pakai sedikit lip cream dan bedak supaya nampak lebih berseri.
Perubahan tubuh, wajar dihargai
Dalam masa sama, pelakon kelahiran Singapura itu turut menggayakan rambut agar dirinya tetap kelihatan cantik.
Selalu juga saya style rambut untuk rasa diri ini cantik.
Ujar Atikah lagi, perubahan bentuk tubuh selepas bergelar ibu merupakan sebahagian daripada proses yang wajar dihargai.
Awak akan dapat semula diri awak yang dulu, dan awak akan cantik semula.
Tapi untuk sekarang, nikmati keindahan menjadi seorang ibu.
Sumber: Threads