
Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaimie tampil meluahkan rasa sedih apabila terdapat segelintir pihak yang melabelnya sebagai ‘red flag’ hanya kerana dia tidak mempunyai rakan yang ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Nak Isteri Tak Membebel.. Cari Yang Kerja Live Host’ – Atikah Suhaimie
Artikel Berkaitan: ‘Waktu Berpantang Dulu, Lebih Selesa Pakai Baju Longgar Untuk Sorok Perut Buncit’ – Atikah Suhaimie
‘Red flag’ tak ada kawan
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna meluahkan persoalan sama ada wujud individu sepertinya yang tidak mempunyai kawan, hingga merasakan dirinya seolah-olah disumpah.
Ada ke perempuan lain di luar sana macam saya yang tidak mempunyai kawan?
Wujud ke atau saya seorang sahaja?
Adakah ini seperti disumpah atau terkena sesuatu yang pelik?
Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaimie, 35, yang mengakui berasa sedih apabila dilabel sebagai individu bermasalah dalam kehidupannya.
Paling sedih orang cakap kita ini red flag, sebab tak ada kawan.
Luangkan masa bersama keluarga
Mengulas lanjut, pelakon kelahiran Singapura itu berkata, kekangan masa menjadi faktor utama yang menyebabkan dia tidak mempunyai rakan yang terlalu ramai.
Sehubungan itu, dia lebih selesa menghabiskan waktu terluang bersama keluarga tersayang.
Jujurnya kita tak ada waktu.
Kalau ada masa pun nak spend time dengan keluarga sahaja.
Sumber: Threads