berita

Budak Sekolah Sanggup ‘Tong-Tong’ Sewa Banglo Untuk Parti Liar Di Batu Feringgi

October 17th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

 

Remaja bawah umur antara 22 individu ditahan pihak berkuasa ketika menyertai ‘parti liar’ yang diadakan di sebuah banglo di Batu Feringghi pada 13 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: Tular Video Dakwa Budak Diculik Di Hadapan Sekolah, Rupanya Kes Berebut Anak

Artikel Berkaitan: Tadika Buat Demo Kanak-Kanak Kena Culik Undang Pelbagai Reaksi Netizen Risau Budak Trauma

Sewa banglo RM1000 sehari

Difahamkan, kesemua suspek berkongsi wang untuk menyewa banglo tiga tingkat dengan kadar bayaran RM1,000 sehari.

Dalam serbuan jam 1.40 pagi itu, pihak polis menahan seramai 22 orang termasuk 14 lelaki dan 8 wanita tempatan dan berumur antara 16 hingga 21 tahun. Daripada jumlah tersebut, seramai 6 daripada mereka adalah remaja di bawah umur dan seorang daripada mereka juga masih bersekolah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua peserta yang hadir ke parti ini dijemput menerusi kumpulan WhatsApp. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu membayar wang antara RM80 hingga RM100 bagi menyertai pesta terbabit.

Kita juga dapati lapan perempuan yang sertai parti liar ini juga tidak dikenakan sebarang bayaran kerana ia dilunaskan oleh peserta lelaki.

Tambah Soffian lagi, polis juga telah merampas dua peket dadah jenis ketamin seberat 0.9 gram bernilai RM150 serta tiga biji pil ekstasi dengan anggaran berat 1.6 gram bernilai RM45 dalam serbuan itu.

Hasil saringan air kencing ke atas 22 individu berkenaan juga mendapati enam lelaki didapati positif dadah jenis methamphetamine. Kesemua direman selama enam hari sehingga esok.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×