berita

Budak Tadika Maut Main Dalam Mesin Basuh, Suis Masih ‘On’ Ketika Ditemui

February 23rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Mirror UK

Seorang kanak-kanak ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah mesin basuh. Insiden cemas itu dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang pada 19 Februari lalu di Christchurch, New Zealand.

Budak dalam mesin basuh

Memetik laporan Independent UK, kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan empat hingga enam tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan ketika ditemui. Lebih mengejutkan apabila mengetahui mangsa berada dalam mesin basuh yang masih terpasang dan suisnya dihidupkan.

Menyedari kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia. Menurut Ketua Lembaga Komuniti Waihoro/Spreydon-Cashmere iaitu Karolyn Potter mengakui bahawa insiden ini sangat tragis dan mengejutkan komuniti di kawasan itu.

Susulan daripada kejadian ini, pihak telah menjalankan siasatan dan mereka mengklasifikasikan kematian kanak-kanak ini bukanlah satu perkara yang mencurigakan. Hal ini kerana, banyak kes yang pernah dilaporkan mengenai bahaya mesin basuh terhadap kanak-kanak.

Sumber: Independent UK, Mirror UK

SKIP THIS AD ×