Permulaan untuk menabung perlukan kesabaran bagi setiap ibu bapa. Jika ibu bapa culas maka tak berhasillah impian untuk melihat tabungan anak penuh menggunung ketika anak menginjak remaja.
Menerusi pengguna Facebook Nursha Salleh, wanita tersebut berkongsi tentang panduan istiqamahnya ketika menyimpan duit anak dalam Tabung Haji.
5 langkah mudah bermula RM1
Antara 5 langkah mudah yang perlu diambil oleh mak ayah untuk memastikan anak anda mempunyai simpanan lebih RM10k dalam Tabung Haji ketika usianya 17 tahun dan ke atas.
- Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
- Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak. Sebagai contoh, RM30 sebulan (RM1 sehari).
Buat direct debit
3. Buat direct debit lebih mudahkan urusan. Apa itu direct debit? Direct Debit ini adalah transaksi yang anda telah benarkan untuk ditolak terus dari akaun anda untuk amaun yang tertentu.
4. Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
5. Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k.
Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926
Kiraan ini belum masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
Sumber: Nursha Salleh