Alamak! Barang dapur kat rumah banyak dah habis ni. Stok makanan pun tak cukup. Kat mana nak cari yang murah-murah? Tak payah pening. Terus pergi ke Ninso je!
Banyak wei pilihan barangan keperluan harian yang korang nak. Paling best, harga barangan serendah RM2.10 je. Bakul pun mesti penuh kalau datang sini. Untuk pengetahuan korang, Ninso bukak cawangan baru lagi..
Ninso buka cawangan di Sungai Besi dengan norma baharu
Surprise! Ninso tambah cawangan lagi guys. Ia akan dibuka secara rasmi di Sungai Besi, Selangor pada 19 Jun 2020. Korang yang tinggal di kawasan Sungai Besi mesti gembira kan? Tak payah pergi jauh-jauh lepas ni..
Sekarang kita berada dalam norma baharu. Ninso tak ketinggalan dalam mengikuti SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Setiap hari mereka menjalankan proses sanitasi untuk keselesaan dan keselamatan pelanggan. Bagusnya!
Kami yakin, kalau korang dah masuk Ninso ni, ada je barang yang dibeli. Cakap nak beli satu barang tapi bila keluar, lebih 10 barang dibelinya. Kenapa sampai macam tu sekali eh?
Pilihan pelbagai barang keperluan termasuk makanan & minuman
Patut la.. Banyak gila barangan keperluan seperti barang rumah, barang dapur, barang mandian, permainan yang ada kat Ninso. Girls mesti suka datang sini sebab alat solek pun ada. Harga? Tetap RM2.10!
Kat Ninso pun korang boleh borong stok makanan banyak-banyak. Maklum la sekarang pun asyik duduk rumah je. Boleh la buat kunyah-kunyah sambil tonton televisyen.
Selesa berbelanja sebab ruang kedai yang besar
Salah satu sebab ramai yang suka berbelanja kat Ninso ialah ruang dalamannya yang luas dan selesa. Nak pusing berapa round pun tak kisah. Memang puas hati kalau berbelanja kat sini.
Barang disusun kemas mengikut bahagian
Macam mana nak cari barangan kat kedai yang besar macam ni? Jangan risau! Semua barangan di Ninso sentiasa disusun rapi mengikut bahagian masing-masing. Senang nak cari barang yang korang nak.
Paling penting, murah & berkualiti!
Jangan tak tahu. Memang barang di Ninso serendah RM2.10, tapi barangannya berkualiti tau. Staf mereka akan semak dan tukar barangan lama dengan baru setiap hari. Lebih-lebih lagi makanan dan minuman.
Korang boleh rebut hadiah PERCUMA dari Ninso!
Haa.. Ada hadiah istimewa untuk korang sempena pembukaan cawangan baru Ninso di Sungai Besi. Korang hanya perlu LIKE & SHARE Facebook @Ninso.Official atau FOLLOW Instagram @nwm. Senang je kan? Hadiah pun best tau.
Antara hadiah yang korang akan dapat ialah kotak tisu Jaga, yogurt Yobick Dydo Drinco, tisu basah WLS Global, keropok Snek Ku Shoyuemi 14g dan biskut Jack N Jill Cream O Choco Plus perisa cappucino atau green tea. Hadiah istimewa ni terhad. Siapa cepat, dia dapat!
*Tertakluk pada terma dan syarat
Orang Sungai Besi jangan lupa datang berbelanja barangan keperluan di Ninso. Mereka beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Nak tahu update terkini, klik mana-mana link kat bawah.
- Facebook: @Ninso.Official
- Instagram: @ninsowm
Jom serbu cawangan baru Ninso di Sungai Besi! Jangan lupa jaga penjarakan sosial tau..