berita

Bukaan Kecil Tapi Kepala Dah Terkeluar, Lepas Susu Terus Tak Bangun-Bangun, Bayi ‘Pergi’ Dalam Pelukan Ibu

June 14th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan detik pilu yang dilalui oleh ibu muda ini apabila anak yang baru sahaja dilahirkan beberapa jam telah pergi buat selama-lamanya. Lebih meruntun hati apabila mengetahui bayi itu menghembuskan nafas terakhir ketika dalam pelukan si ibu.

Artikel Berkaitan: ‘Kelahiran Pertama & Terakhir’ – Air Ketuban Masuk Dalam Saluran Darah & Leher Ditebuk, Wanita Terkilan Rahim Dibuang

Perut sakit bila bayi gerak

Kisah ini dikongsikan menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok, Sulisayu Marlina. Menurut wanita ini, dia tidak sangka anaknya itu akan pergi secepat ini kerana anaknya berada dalam keadaan sihat sahaja meskipun dilahirkan ketika kandungan berusia 8 bulan 10 hari.

Menurut wanita ini, dia dan suami pergi ke rumah bidan untuk membuat pemeriksaan selepas mengalami sakit perut. Jelasnya lagi, sebelum ini apabila bayi bergerak dia tidak berasa sakit tetapi kali ini berlainan. Bidan memegang perut wanita ini dan terkejut apabila mendapati kepala bayi tidak ada tertanya kepala tersebut telah mula turun.

Memandangkan bukaan baru 3cm, bidan meminta wanita ini pulang ke rumah dan datang semula sekiranya sakit. Sekitar jam 10 malam, dia telah pergi sekali lagi ke rumah bidan. Pada jam 3 pagi, wanita ini pergi ke tandas untuk membuang air kecil dan ketika itu, dia melihat terdapat gumpalan darah yang keluar.

Kepala bayi terkeluar

@sulisayumarlinaa????? original sound – Charli Queen ?


Pada waktu subuh, bidan memberitahu bukaan belum terbuka sepenuhnya. Namun tidak lama selepas itu, situasi mula menjadi cemas apabila wanita ini merasa kepala bayinya itu sudah terkeluar. Disebabkan bukaan kecil, mereka terpaksa menggunting supaya bayi dapat keluar kerana bimbang akan terminum air ketuban. Jelasnya lagi, dia selamat melahirkan sekitar jam 7.13 pagi.

Saya menjerit kepala bayi dah terkeluar tapi dukun beranak tidak percaya. Tapi saya suruh dia tengok sendiri, lepas tengok ternyata betul kepala baby dah keluar.

Wanita ini dan anaknya dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan bayi berada dalam keadaan sihat, Bayi itu kemudian dimasukkan ke inkubator selama 30 minit sebelum dibenarkan pulang. Tetapi bidan menyarankan supaya bermalam di hospital supaya dia dapat memantau kesihatan mereka berdua. Pada malam itu, anaknya mula menangis. Selepas bayi diletakkan di pangkuan si ibu, dia langsung tidak menangis dan terus sambung tidur. Ketika itu dia sempat berbisik mendoakan supaya anaknya itu diberi kesihatan dan dipanjangkan umur. Namun, semasa ingin meletakkan bayi ke katilnya semula, mereka mendapati bayi tidak bergerak.

Saya sempat cakap, masyaAllah kacak sekali anak saya, semoga panjang umur, sihat selalu. Lepas dia bangun, saya beri susu kemudian dia sambung tidur. Tapi dia tidur tak bangun-bangun lagi, terus tidur selama-lamanya. Lepas cek nafas, baru tahu bayi dah tak ada.

Anak lahir tak cukup bulan

@sulisayumarlinaaPart 1? original sound – sulisayumarlina

@sulisayumarlinaaPart 2? original sound – sulisayumarlina

Lepas bagi susu, tidur selama-lamanya

@sulisayumarlinaaPart 3? original sound – sulisayumarlina

@sulisayumarlinaa????? original sound – sulisayumarlina

Sumber: Suisayumarlinaa

SKIP THIS AD ×