berita

Bukan Ada Masa Senang Je, Ini 7 Cara Sebenar ‘Berkawan’

March 12th, 2019 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Sahabat merupakan orang yang selalu ada bersama kita di saat susah mahupun senang. Namun, mencari sahabat sejati amatlah sukar kerana belum tentu semua orang boleh memahami diri kita. Apabila korang mempunyai sahabat, jagalah hubungan persahabatan itu dengan sebaiknya kerana sahabat susah untuk dicari ganti.

Jika korang mempunyai sahabat, ini 7 cara positif yang korang boleh lakukan dalam mengekalkan hubungan persahabatan sampai bila-bila. Tak percaya, cuba try!

1. Sedia dihubungi

Sebagai sahabat, pastikan korang sentiasa boleh dihubungi. Jika sahabat korang memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan mahupun berkongsi sesuatu, ternyata korang sentiasa ada untuk mendengar luahan tersebut. Secara tidak langsung, korang telah memberikan waktu dan komitmen melalui komunikasi tersebut. Jangan suka mengelak.

2. Sentiasa rai dan sokong kejayaannya

Apabila sahabat korang mencapai kejayaan, ucapkan tahniah dan raikan kejayaannya sebagai tanda sokongan atas kejayaan yang dicapai. Berilah sokongan dengan penuh ikhlas tanpa ada rasa iri hati atas kejayaannya. Ini akan membuat dia berbesar hati kerana kejayaannya dikongsi bersama sahabat-sahabatnya.

3. Layanilah sahabat anda sebaiknya

Jika sahabat korang ingin menemui, jangan mencari alasan untuk mengelak. Buatlah ia rasa diterima dan selesa semasa berada bersama korang. Jika korang buat endah tak endah kepadanya, itu pasti akan mengecilkan hatinya. Mungkin selepas itu, dia tidak akan menghubungi korang lagi.

4. Tanyalah tentang dirinya

Semasa berbual, tanyalah hal-hal tentang dirinya sebagai tanda korang ingin mengenali dirinya dengan lebih rapat lagi. Namun elakkan dari memonopoli perbualan dengannya sehingga tiada ruang untuk dia berbicara. Jadikan perbualan itu sebagai perbualan dua hala yang seimbang. Bila masing-masing telah mengenali dengan mendalam, maka hubungan akan menjadi lebih rapat.

5. Sentiasa bersikap positif

Orang yang cerewet, pasti tidak disukai ramai orang. Oleh itu, jangan selalu bersungut tentang kekurangan sahabat korang. Bersikap positif, kerana tidak ada insan yang sempurna dalam dunia ini. Kita mempunyai banyak saat-saat sukar yang ingin kita kongsi bersama namun, janganlah sampai ianya menjadi suatu sungutan yang berpanjangan yang akhirnya membuat sahabat kita berasa bosan dan menjauhkan diri dari kita.

6. Sedia menolong

Seorang sahabat yang baik sangat mengenali satu sama lain dan ia dapat mengesan kesusahan dan keperluan kawannya sebelum ia diminta. Jadilah orang yang pertama datang menghulurkan tangan membantu sahabat korang. Sudah tentu korang akan disayangi sebagai seorang yang penting dalam hidupnya malah ada kalanya lebih dari saudara mara.

7. Elakkan konflik

Jangan berbincang mengenai isu-isu sensitif seperti politik atau agama dengan sahabat korang kecuali korang pasti sahabat korang mempunyai pemikiran yang sama mengenai isu tersebut. Jangan cerita apa-apa yang negatif tentang kawan korang, tentang isterinya atau anak-anaknya. Jika ada orang cuba bercerita tentang keburukan sahabat korang, segeralah anda tukar tajuk perbualan. Jangan terlalu sibuk dengan sahabat korang sehingga dia menjadi rimas. Berilah ruang kepadanya dan hubungilah dia di masa yang sesuai. Elakkan mengadakan urusan perniagaan, jualan atau apa-apa sahaja yang berkaitan kewangan. Jangan pinjamkan wang kepada sahabat korang, kecuali sedia menghalalkannya jika dia gagal melunaskannya.

Jelajah #PositifSelalu DFKL 2019

Nilai positif boleh wujud dalam pelbagai cara dan aktiviti yang kita lakukan. Untuk pengetahuan korang, Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 turut mengetengahkan tema ‘Positif Selalu’ dan terdapat pelbagai aktiviti dijalankan dalam memberi semangat positif dalam kalangan peserta yang datang menyertai aktiviti di sana.

DFKL 2019 telah menjelajah ke beberapa institusi pengajian tinggi dan Siri Jelajah ini telah bermula pada 1 Mac 2019 dahulu. Sekarang hanya tinggi lagi 1 lokasi jelajah DFKL 2019 iaitu di IOI City Mall, Putrajaya pada 16-17 Mac 2019.

Jom serlahkan bakat korang

Bagi korang yang mahu serlahkan bakat dalam lakonan, apa kata sertai bengkel DFKL 2019 yang akan berlangsung bermula 22, 23, dan 24 Mac 2019 bersama dengan beberapa orang tenaga pengajar termasuk Eirma Fatimah, Shahrulezad dan Datuk Rosyam Nor.

Manakala jika korang mahukan drama dan artis kesayangan korang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah DFKL, korang boleh lengkapkan undian di laman web rasmi DFKL. Hanya 10 kali undian sahaja yang boleh dibuat setiap hari.

Layari www.dfkl.com.my untuk maklumat lanjut berhubung acara yang terdapat di DFKL 2019.