Sebelum ini, pelakon Iqram Dinzly meluahkan rasa simpati ke atas nasib rakannya iaitu pelawak Shuk Sahar yang sedang diuji dengan pergolakan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Didakwa Jaja Cerita Buruk Isteri, Rakan Tampil ‘Backup’ – ‘Burukkan Nama Suami Memang Nombor Satu’
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Beri Respon, Nafi Cerita Buruk Pasal Isteri – ‘Seumur Hidup Aku Tak Pernah Cerita Buruk Pasal Orang’
Terbaru, isteri kepada Shuk iaitu Fara Salleh meminta pelakon tersebut tidak masuk campur hal urusan rumah tangganya.
Bukan kahwin dengan kau
Menerusi sebuah posting di Instagram Story, Fara berharap Iqram diam dan tidak memberi sebarang komen berhubung kontroversi yang sedang melanda dirinya. Tambah Fara, dia dan Iqram tidak mempunyai sebarang ikatan dalam isu ini.
Bukan aku kahwin dengan kau Encik Iqram, jangan sibuk hal aku.
Pada masa yang sama, Iqram atau nama sebenarnya Mohamad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, berharap orang ramai tidak mempercayai bulat-bulat mengenai kenyataan yang dibuat isteri Shuk iaitu Fara Salleh, di media sosial.
Terdahulu, Fara menerusi hantaran di platform X memberitahu dia menyesal mengahwini Shuk dan minta untuk diceraikan.
Malah, Fara mendakwa Shuk tidak berubah dan masih dengan sikapnya seorang ‘kaki perempuan’
Sementara itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua pihak tidak berhasil apabila kiriman mesej tidak dibalas dan panggilan telefon tidak dijawab.
Sumber: Fara Salleh