berita

‘Bukan Bidang Hang Pun’ – Jawapan Soal Agama Meragukan, Ustaz Minta Fynn Jamal Stop Kelirukan Pengikut

June 19th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Kalau sebelum ini, penyanyi Fynn Jamal pernah ditegur oleh agamawan berikutan soal jawab agama di ruangan Instagram miliknya. Kali ini sekali lagi Ustaz Musytaq Al-Ash’ari menegur penyanyi itu dan meminta agar dia hentikan mengelirukan orang ramai.

Menurut Fynn Jamal solat tasbih antara yang ditolak kerana tiada dalil. Kenyataan ini didakwa tidak betul dan tepat. Ikuti penjelasan dari Ustaz Musytaq Al-Ash’ari sendiri.

Solat tasbih tiada dakwanya

Sudah-sudahlah Fynn Jamal. Jangan kelirukan masyrakat lagi. Orang ramai dok tag nama aku kat post-post Fynn Jamal. Mula-mula malas nak layan tapi makin galak dia. Kena bawa jumpa temu mata ni.

Sebenarnya aku pon tak faham kenapa masih ada manusia yang pergi tanya hukum agama dekat artis? Atau mereka tidak tahu beza yang mana ahli Ilmu dan yang mana artis? Ingatkan lepas isu sebelum ini, dia dah senyap. Rupanya lebih rancak dia dok bahas hukum agama. Sudah-sudah lah tu Fynn Jamal, jangan nak sibuk nak jawab soal agama ni. Bukan hang punya bidang pun. Kepala pengat pisang dia lah kata solat tasbih takda dalil. Nah aku bagi fatwa dari Mufti Wilayah Dr Zulbakri. Taktahu la hangpa semua nampak Fynn Jamal itu Ulama Mujtahid berbanding Mufti Wilayah dan ulama-ulama lain.

Jawapan Mufti

Ni Fatwa Mufti Wilayah, pakat baca :

“Kata Ibnu Abidin yang bermazhab Hanafi : “Hadis berkenaan solat Tasbih adalah hadis hasan kerana banyak jalur riwayatnya. Dan sesiapa yang mendakwa bahawa hadis berkenaan palsu maka dia terkeliru. Di dalamnya juga terdapat pahala yang tidak terhenti. Benarlah kata para Muhaqqiqin bahawa tiada yang mendengar tentang pahala solat Tasbih dan tidak ada yang meninggalkannya melainkan orang yang memperlekehkan agama dan mengatakan ianya tidak sunat kerana berbeza dengan solat yang biasa dilakukan. Hadis apabila telah sampai darjat hasan maka ianya sabit.”
Rujuk Hasyiah Ibnu Abidin (2/27)

Kata al-Sowi yang bermazhab Maliki : “ Dan sifat solat Tasbih yang Nabi saw ajarkan kepada pak ciknya, Abbas dijadikan sebagai wirid harian (amalan) oleh para solihin. Sesiapa yang melakukannya sekali seumur hidup maka dia akan masuk syurga tanpa hisab.”
Hasyiah al-Sowi ‘ala Syarh al-saghir (11/332)

Al-Khatib al-Syarbini yang bermazhab Syafie menyatakan :” Dan apa yang dinyatakan (maka dapat difahami) bahawa ianya adalah sunat yang muktamad seperti mana yang disebutkan oleh Ibnu al-Salah dan lainnya.”
Rujuk Mughni al-Muhtaj (1/224)

Ianya harus

Imam Ahmad dan para ulama bermazhab Hanbali menyatakan bahawa solat sunat tidak sunat. Namun Ibnu Qudamah, seorang tokoh besar di dalam mazhab Hanbali menyatakan bahawa ianya adalah harus. Beliau menyebut :

“Imam Ahmad tidak mensahihkan hadis berkenaan solat Tasbih bahkan beliau tidak melihat bahawa ianya harus. Akan tetapi jika dia ingin lakukan maka tidak mengapa kerana solat-solat sunat dan kelebihan amalan tidak disyaratkan padanya hadis sohih.”
Rujuk al-Mughni (3/324)

Kesimpulannya, berdasarkan perbahasan di atas didapati bahawa terdapat khilaf ulama mengenai kesunatan solat tasbih berpunca daripada perbezaan pendapat mengenai status hadis solat tasbih. Walau bagaimanapun jumhur ulama berpendapat akan kesunatannya. Oleh yang demikian kami menasihatkan dalam isu ini agar kita berlapang dada dan tidak menjadikan ia sebagai ruang untuk bid’ah mmbid’ah antara satu sama lain. Kaedah menyebut,”tiada bid’ah membid’ah dalam perkara khilaf (yang muktabar)”. Wallahu a’lam

https://muftiwp.gov.my/…/2356-al-kafi-723-hukum-solat-tasbih

Sumber : Musytaq Al-Ash’ari

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×