Rumah tangga pelakon Nadya Syahera dan suami, Fizul Nawi menjadi topik hangat dalam kalangan warganet sejak minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Suami Sibuk Dengan Kerja, Nadya Syahera Stres Urus Anak-Anak Sendirian
Artikel Berkaitan: ‘Saya Perlu Kerja Keras Sebab Nak Stabilkan Balik Perniagaan’ – Suami Nadya Syahera
Perlu banyak komunikasi
Ketika ditemui OhBulan!, Nadya mengakui rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu sedang menghadapi masalah. Namun kata Nadya, 29, dia dan suami tidak bergaduh cuma jarang berkomunikasi antara satu sama lain disebabkan kekangan masa.
Boleh dikatakan macam itu (rumah tangga bergoyang) tetapi kami tidak bergaduh. Kami masih cakap macam biasa.
Bagi pandangan dia, isteri haruslah lakukan tugasan di rumah bukan suami kerana tugas dia hanya cari duit. Mungkin juga dia terlupa yang saya juga bekerja.
Kami berdua sebenarnya perlu banyak berkomunikasi. Saya tengah prepare untuk jadi lebih baik dan sama juga di pihak suami. Kami tengah perbaiki.
Nadya ditemui ketika sidang media dan majlis menandatangani antara Suke TV dan iQiyi yang diadakan di Wisma IAV, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Ditanya respon suami apabila dia memilih untuk berkongsi masalah kepada umum, pemilik nama Nadya Syahera Rosli berkata Fizul marah dan kecewa dengan tindak-tanduk itu.
Dia marah. Dia kecewa bila saya pilih platform itu untuk bercakap dengan dia. Tapi saya terangkan balik, saya baru cakap sepatah..dia dengan telefon bimbit dan dunia dia.
Saya tak ada nak aibkan sesiapa. Saya tulis pun secara random. Itu hanya 10% yang saya rasa. Dia pun dah fikir secara rasional dan boleh terima.
Saya bagi pihak dia juga minta maaf atas kata-kata di Instagram yang menyebabkan ada pihak yang kurang senang atau menimbulkan kecaman ramai orang. Saya terima apa saja yang orang cakap.
Yang negatif, saya tolak tepi sebab tak nak kusutkan kepala. Saya hanya ambil kata-kata positif sebab saya seorang di rumah. Alhamdulillah DM saya penuh komen positif.
Tak semestinya bagi duit
Dalam pada itu, pelakon drama Dia Semanis Honey menekankan hanya perhatian yang diinginkan bukan wang ringgit atau harta benda.
Faham la wanita. Cuba faham isi wanita sebenarnya. Bukan harta benda yang dia nak kadang-kadang. Selalu orang fikir perempuan nak duit, materialistik.. Sebenarnya tidak!
Cukup dengan bagi perhatian, itu sudah memadai. Kadang bawa pergi makan dekat kedai mamak pun sudah boleh bahagiakan. Tak semestinya bagi duit.
Itu saya, orang lain tak tahu. Daripada lepak satu jam bershisha dengan kawan, lebih baik lepak dengan saya dan anak-anak. Saya dah boleh diam, nak suruh buat apa selepas itu saya buat. Sebab saya tak gembira, itu yang bising. Itu saja.
Sebelum ini, Nadya mengakui berasa tertekan apabila suaminya terlampau sibuk dengan urusan kerja sehinggakan dia terpaksa menguruskan hal keluarga sendirian.
Nadya dan suami berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, 5, dan Mohamad Dayyan, 4, dan Muhammad Barr Adam, tiga bulan.
Sumber: Instagram @nadyasyahera