Pertama kali bila kami lihat gambar-gambar yang dikirim oleh pengikut OHBULAN! di Facebook mengenai guesthouse ni kami macam ‘Eh biar betul ada guesthouse yang klasik macam ni?’. Macam tak percaya beb!
Akhir sekali bila kami cari sendiri baru lah tahu sebenarnya guesthouse itu memang wujud di Melaka. Nama guesthouse ini ialah 45Lekiu. Memang cantik gila. Jom la serbu! Bukannya jauh pun Melaka. Huhu
45Lekiu!
Interior dalaman yang vintage
Antara kemudahan yang ada
Nak tahu tak harga kalau nak stay kat sana?
Hari biasa (Isnin hingga Khamis); RM1299 nett satu malam
Hari minggu/ Cuti Umum (Jumaat hingga Ahad); RM1499 nett satu malam
Mahal kan? Tapi review dari pengunjung yang pernah datang kat sini amat memberansangkan.. Memang berbaloi kot..
Antara review dari pengunjung.. Terbaik!
Guesthouse 45Lekiu ni sememangnya dapat review yang baik daripada pengunjung yang pernah merasai pengalaman duduk dalam guesthouse ni. Macam best je!
Kalau anda nak membuat tempahan bilik, baik buat sekarang. Takut penuh sampai tahun depan je nanti. Hehe
Alamat: No 45 Jalan Hang Lekiu, Melaka 75200 , Malaysia
Email: [email protected]
Contact:-
Eli: +6016 274 9686 / +6012 623 9459
Sharen: +6012 698 4917
David Chang: +6012 623 4459
Soon Lum: +6012 626 6977
Sumber: 45Lekiu website/ Agoda.com