berita

Bukan Drama Klise! Rahimah Tanpa Rahim ketengahkan Isu Wanita Dengan Sindrom MRKH

February 10th, 2021 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Memandangkan kita sedang dalam fasa PKP 2.0, mesti ramai yang menghabiskan masa dekat rumah je betul tak? Maklumlah sekarang kerja pun buat dari rumah je kan.

Jadi, sekali-sekala itu kenalah ada hiburan sikit. Takdelah bosan nak kena menghadap kerja je. Untungnya ada drama TV3 baru menerusi slot popular Akasia pada jam 7 petang lakonan Azlee Khairi (Jauhar) dan Puteri Aishah (Rahimah) untuk korang tonton!

Apa itu Sindrom MRKH?

Tampil unik dan berbeza daripada drama klise yang lain, Rahimah Tanpa Rahim mengetengahkan kepada umum tentang sindrom MRKH ataupun Mayer Rokitansky Kuster Hauser. Mungkin ramai yang tak biasa dengar tentang sindrom ini, tapi dianggarkan 1 dalam 4,000-5,000 orang wanita mengalami MRKH di mana mereka dilahirkan tanpa rahim ataupun saluran kemaluan wanita.

Senang kata ini Rahimah Tanpa Rahim tak hanya fokus pada kisah cinta semata-mata, sebaliknya ia juga mendidik orang ramai tentang penyakit serius yang dialami segelintir kaum hawa serta impaknya dalam kehidupan harian mereka.

Kemunculan semula Puteri Aisyah setelah disahkan Positif Covid-19

Untuk korang yang dah lama rindukan kemunculan Puteri Aisyah di kaca TV, inilah masanya buat korang ubati kerinduan korang! Rahimah Tanpa Rahim adalah drama pertama yang menampilkan Puteri Aisyah selepas dia pulih sepenuhnya daripada Covid-19.

Power guys! Baru je sembuh dia terus galas tanggungjawab sebagai watak utama! Bakat lakonan Puteri Aisyah memang tak boleh nak disangkal lagi. Dalam drama ni korang memang akan geram punyalah dengan perangai orang sekeliling Rahimah yang tak habis-habis nak aniaya dia.

Nasib baiklah ada Jauhar yang dah lama simpan perasaan dekat Rahimah dan bersedia untuk menerima dia seadanya. Tapi boleh ke Jauhar terus setia bersama Rahimah walaupun dia tak boleh kandungkan zuriat mereka? 

Haa kami tak nak lah bagi spoiler banyak sangat, korang kena tengok sendiri okay!

Tonton di IQIYI pada bila-bila masa!

Jika korang terlepas waktu tayangan Rahimah Tanpa Rahim di slot Akasia pada setiap Isnin hingga Khamis, tak perlu risau. Habis je siarannya kat TV, korang boleh tonton pada bila-bila masa melalui platform penstriman IQIYI. 

Setiap pilihan cerita di IQIYI didatangkan dengan sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bagi memudahkan penonton untuk faham setiap dialog yang dilontarkan dengan baik. Jadi, tak perlulah korang nak rewind, semata-mata nak dengar balik apa yang karakter tersebut cakapkan.

Jom muat turun Aplikasi IQIYI! 

Untuk memudahkan korang, apa kata muat turun je terus aplikasi IQIYI di SINI. Melalui aplikasi IQIYI,  korang juga boleh muat turun setiap episod atau apa-apa filem dan drama lain secara offline. Jadi, korang bebas nak layancerita pilihan korang di mana-mana saja tanpa memerlukan sambungan internet. Mudah!

Ataupun korang boleh juga layari iQ.com untuk strim secara percuma cerita kegemaran korang.

Selamat menonton semua!

SKIP THIS AD ×