Pelakon Zara Zya menafikan gosip percintaan dengan pelawak dan usahawan Shuib yang bertebaran di media sosial sejak akhir-akhir ini.
Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Berdua Dengan Zara Zya, Kapsyen Shuib Timbul Tanda Tanya, Netizen Suruh Kahwin Je
Shuib lelaki yang baik
Menurut Zara, 36, perkongsian foto bersama Shuib bukan satu gimik murahan sebaliknya hanya sekadar memenuhi keinginan peminat.
Saya muat naik gambar sendiri bersiap cantik-cantik tetapi hanya mendapat beberapa sahaja tanda suka sedangkan ada berjuta pengikut di Instagram.
Lagipun berbeza pula apabila memuat naik gambar atau video yang mempunyai cerita. Mereka akan menonton dan memberi komen kerana kalau tiada cerita mereka tidak akan tengok.
Mengulas lanjut mengenai hubungan dengan bapa kepada empat cahaya mata itu, Zara berkata mereka setakat rakan artis dan perniagaan.
Dia (Shuib) baik. Kami pun pernah bekerjasama sebelum ini. Tapi itu dulu, sudah lama berlaku.
Zara berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Bubble Bee by Zara Zya di Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur pada Ahad.
Tak rasa rimas
Dalam pada itu, pelakon drama Risik Pada Hati tidak mengambil pusing apabila orang ramai terlalu ingin mengambil tahu tentang identiti lelaki yang akan menjadi pasangan hidupnya.
Saya tidak kisah pun kerana mereka ini mengikut musim. Jika saya bersama dengan pelakon ini mereka akan cakap saya dengan dia.
Ada peminat saling berlawan antara satu sama lain untuk menentukan siapa pasangan terbaik untuk saya.
Mungkin disebabkan faktor umur juga membuatkan mereka tertunggu untuk mengetahui bila saya akan kahwin.
Mungkin juga kerana kawan-kawan lain sudah apa pasangan jadi mereka tunggu saya. Saya mengharapkan mereka dapat mendoakan yang terbaik untuk saya.
Tak perlu bimbang tentang pengurusan
Bercerita mengenai Bubble Bee by Zara Zya, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin menyatakan dia memang minat dengan dunia perniagaan dan sebelum ini pernah dua kali membuka kedai makanan dan minuman.
Sebelum ini saya pernah ada perniagaan yang diuruskan 100 peratus tetapi dengan Bubble Bee mereka sudah ada pengurusan dan pemasaran sendiri.
Apa yang saya perlu lakukan adalah fokus kepada jualan dan akan cuba meluangkan sebanyak masa mungkin di kedai untuk berjumpa peminat dan meluangkan masa bersama mereka.
Sumber: Instagram @zarazya