Setiap hari mesti fikir, nak makan apa ya hari ni? Jemu pulak kalau asyik beli makan kat luar je. Sekali-sekala nak jugak la asah skill memasak kat rumah. Bila lagi kan? Ini la masanya!
Beli barang dapur, ternampak Kiub Pati Ayam Knorr dengan wajah baru. Nice! Boleh guna untuk masak hari ni. Ingat Kiub Pati Ayam Knorr Baharu guna untuk buat sup je ke?
Eh, jangan tak tahu guys! Sebenarnya Kiub Pati Ayam Knorr Baharu boleh digunakan untuk resipi lain tau.
Jom cuba resipi sedap bersama Kiub Pati Ayam Knorr Baharu!
Ini antara resipi menarik dengan Kiub Pati Ayam Knorr Baharu yang korang boleh try kat rumah. Sekali-sekala kita buat la kelainan sikit kan? Sedap dan kreatif!
Bahan-Bahan
- 600g ayam, dipotong kecil
- 6 sudu besar santan
- 5 sudu besar serbuk kari kurma
- 100g ubi kentang
- 40g lobak merah
- 100g tomato ceri merah
- 5 tangkai daun ketumbar
- 250g beras basmathi
- 2 Knorr Kiub Pati Ayam campur dengan 2 cawan air
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Secubit garam
Bahan-bahan tumis
- 60g bawang besar
- 20g bawang putih
- 15g halia
- 2 batang kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 6 biji buah pelaga
- 2 biji cili hijau
- 4 helai daun pandan
- 6 sudu besar minyak sapi
Untuk hiasan:
- Bawang goreng, daun ketumbar, cili merah, kacang ganjus
Langkah-Langkah
- Perap ayam dengan serbuk kari kurma dan santan selama 30 minit di dalam peti sejuk.
- Panaskan ghee di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis sehingga wangi. Masukkan beras basmathi dan goreng selama 1 minit. Kemudian, masukkan ayam dan goreng selama 1 minit lagi.
- Pindahkan campuran nasi ke dalam periuk nasi, tuangkan campuran Knorr Kiub Pati Ayam, sayur-sayuran, serbuk lada sulah dan garam. Kacau sehingga sebati dan masak mengikut arahan periuk nasi.
- Hias dan hidangkan panas.
Bahan-bahan
- 1 Knorr Kiub Pati Ayam dikisar
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 bawang bombay, dihiris
- 20g bawang putih, dihiris
- 30g halia, dihiris
- 250g ayam dihiris
- 100ml air
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap pekat
- 100g lada benggala kuning, dihiris
- 100g lada benggala merah, dihiris
- 30g serbuk lada hitam
- 450g spaghetti, direbus
Untuk hiasan
- Segenggam daun ketumbar
Langkah-langkah
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang Bombay, bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan ayam dan serbuk lada hitam. Goreng selama satu minit.
- Masukkan air, kicap cair, kicap pekat dan Kiub Ayam Knorr. Kacau sehingga sebati dan masukkan lada-lada benggala.
- Akhirnya, masukkan spaghetti dan kacau sehingga sebati. Hias dengan daun ketumbar dan hidangkan panas.
Bahan-bahan
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 biji bawang bombay, didadu
- 600g daging ayam dada, didadu
- 2 sudu besar puri tomato tanpa garam
- 2 Knorr Kiub Pati Ayam
- 4 sudu besar bawang putih, dicincang
- 2 cawan beras
- 2 cawan air
- 1 cawan susu
- 2 cawan brokoli, dipotong kuntum kecil
- 1 cawan tomato ceri kuning dan merah, dibelah dua
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Langkah-langkah
- Panaskan minyak masak di dalam periuk dan tumis bawang bombay hingga wangi. Masukkan ayam, puri tomato dan Knorr Kiub Pati Ayam. Gaul hingga sebati. Masukkan bawang putih dan goreng selama 1 minit.
- Masukkan beras, air, susu dan rendahkan api. Tutup periuk dan renehkan selama 15 minit dan gaul sekali sekala.
- Masukkan brokoli, tutup periuk dan renehkan hingga beras masak sepenuhnya.
- Susunkan ceri tomato di atas nasi, tutup periuk dan masak selama 5 minit. Sedia dihidangkan.
Bahan-bahan
- 200g bihun
- 1½ tbsp serbuk kunyit
- Air untuk merendam bihun
Bahan-bahan kisar
- 100g bawang merah
- 10g bawang putih
- 15g halia
- 2 tbsp minyak masak
Untuk sup ayam
- 2 Knorr Kiub Pati Ayam
- 800g ayam, dipotong ketulan kecil
- 1 batang serai, diketuk sedikit
- 3 tangkai daun sup, guna bahagian batang dan simpan daun untuk hiasan
- 1 sup bunjut
- ½ sudu besar serbuk lada sulah
- ½ sudu besar serbuk lada hitam kasar
- 1.5L air
Untuk hiasan:
- Bawang goreng, cili padi, lobak masin (dicincang)
Langkah-langkah
- Rendam bihun dengan serbuk kunyit selama 10-15 minit. Rebus dengan air rendaman sehingga menjadi lembut. Alih dari api dan toskan airnya. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi. Masukkan serai dan batang daun sup, tumis seminit. Kemudian, masukkan ketulan ayam dan kacau sebati.
- Masukkan air dan sup bunjut, masak sehingga mendidih. Tambahkan Knorr Kiub Pati Ayam, serbuk lada sulah dan lada hitam. Reneh sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Untuk hidangan, letak bihun dalam mangkuk, susun ketulan ayam di tepi dan cedokkan sup ayam ke dalam mangkuk. Hias dan hidangkan panas.
Ayam Goreng Madu dengan Brokoli
Bahan-bahan
- 300g chicken fillet, cubed
- 200g kuntum bunga brokoli
- 180g labu, didadu
- 30g bawang putih, dihiris
- 1 sudu teh Knorr Kiub Pati Ayam
- ½ sudu besar madu
- 2 sudu besar minyak masak
Untuk perapan
- 1 sudu teh Knorr Kiub Pati Ayam
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh kicap cair
Langkah-langkah
- Perap ayam selama 30 minit.
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng bawang putih sehingga rangup dan ketepikan.
- Masukkan labu dan goreng selama 1-2 minit. Kemudian, masukkan ayam dan goreng selama 1 minit. Akhirnya, masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam dan goreng sehingga brokoli masak sepenuhnya. Taburkan bawang putih di atas dan hidangkan panas.
Wah, nampak sedap semua ni! Tak sabar nak cuba nanti.
Nak tahu kenapa korang patut masukkan kiub terbaru dari Knorr ni dalam list barang dapur korang?
Tampil berwajah baru, Kiub Pati Ayam Knorr Baharu diperkaya dengan zat besi untuk sajian sihat!
Ini la sebabnya! Kiub Pati Ayam Knorr Baharu penuh dengan rasa pati ayam sebenar yang direbus empuk. Bungkusannya berwajah baharu dengan warna hijau semula jadi melambangkan kebaikan dalam setiap hidangan.
Dengan rasa hebat yang sama, Kiub Pati Ayam Knorr Baharu diperkaya dengan zat besi. Kiub ni dibuat dengan ayam rebus selama 4 jam untuk rasa yang lebih sedap. Senang cerita, korang akan dapat faedah tambahan zat besi dengan kiub kesayangan orang Malaysia ni.
Jadi, tak hairan la kalau ramai yang suka gunakan Kiub Pati Ayam Knorr Baharu dalam setiap masakan. Paling penting, kiub pati Knorr ini dijamin halal oleh JAKIM tau! Sajian yang selamat dan sihat buat seisi keluarga.
Ada banyak lagi varian Kiub Knorr di pasaran sekarang!
Knorr bukan setakat ada Kiub Pati Ayam je. Terdapat juga Kiub Pati Ikan Bilis, Lembu dan Tom Yam. Selain tu, Knorr juga keluarkan varian terbaru iaitu Kiub Sayur. Lengkap untuk korang buat pelbagai hidangan yang lazat di rumah.
Semua varian Kiub Knorr diperkaya dengan zat besi untuk penghasilan tenaga. Bagus kan? Dapatkannya di pasaran sekarang!
Nak suruh orang tersayang beli barang dapur tu, jangan lupa kirim Kiub Pati Ayam Knorr Baharu sekali. Makanan jadi lebih sedap dan berkhasiat. Sesuai untuk seisi keluarga!
Dapatkan idea resepi-resepi sihat dari Knorr di SINI. Selamat mencuba resipi bersama Knorr!