berita

‘Bukan Ismail Izzani’ – Wanita Dakwa Hamil Anak Selebriti ‘Ghaib’, Padam Akaun Selepas Minta Maaf

June 8th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Kecoh di media sosial apabila seorang wanita mengaku sedang hamil anak luar nikah kepada selebriti lelaki. Apa yang mengejutkan apabila dia mendakwa disuruh untuk menggugurkan kandungan kerana artis terbabit enggan bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Artis Lelaki Hamilkan Anak Orang, Paksa Gugur Kandungan? – ‘Keluarga Dia Orang Berada’

Artikel Berkaitan: ‘Ini Ke Yang Hamilkan Tu’- Netizen Petik Nama, Serang Instagram Ismail Izzani

Dah padam akaun

Susulan timbul pendedahan itu, penyanyi dan pelakon Ismail Izzani menjadi sasaran warganet. Ruang di Instagram telah diserbu dengan komen-komen netizen yang inginkan kebenaran.

Bagaimanapun, wanita terbabit tampil menepis spekulasi itu dengan menyatakan artis yang dimaksudkan bukan Ismail atau lebih mesra disapa dengan Mael.

Menerusi hantaran di TikTok, netizen meninggalkan komen ,’hint: Nobita’ yang merujuk kepada watak Mael dalam drama Bukan Hanya Sekadar Cinta.

Susulan itu, wanita yang menggunakan nama @HatiBushuk lantas membalas, ‘Bukan Ismail Izzani.’

Berdasarkan pemerhatian OhBulan!, akaun terbabit telah dinyahaktif selepas wanita itu meminta maaf dan menyatakan perkara itu tidak benar.

Sumber: TikTok @HatiBushuk

SKIP THIS AD ×