

Tular dan hangat diperkatakan tentang seorang selebriti terkenal yang didakwa telah menghamilkan seorang wanita dan dikatakan tidak bertanggungjawab terhadap perbuatannya.
Walaupun pendedahan itu tidak menyebut nama mana-mana individu namun netizen membuat spekulasi dengan mendakwa selebriti tersebut adalah Ismail Izzani.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Artis Lelaki Hamilkan Anak Orang, Paksa Gugur Kandungan? – ‘Keluarga Dia Orang Berada’
Artikel Berkaitan: Tak Kisah Digelar ‘Nobita’, Ismail Izzani Anggap ‘Free Promotion’
Netizen persoal




Menerusi tinjauan OhBulan! kelihatan warganet sudah mula menyerang di ruangan komen pada beberapa hantaran di Instagram (IG) pemilik nama sebenar Ismail Izzani Zainal Nazeri itu.
Warganet yang mengetahui tentang perkara tersebut dari laman TikTok, menyoal adakah pelantun lagu Luar Biasa itu individu yang didakwa sanggup melakukan perbuatan terkutuk terhadap seorang wanita.
Terdahulu, seorang wanita tampil mendedahkan dengan mendakwa dia hamil anak kepada seorang selebriti lelaki.
Lebih parah lagi, selebriti berkenaan dikatakan enggan bertanggungjawab dan menggesa wanita itu supaya menggugurkan kandungannya.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)