berita

‘Bukan Kereta Saya, Pinjam Saja’ – Adib Khalid Jelaskan Isu Viral Dapat Hadiah Rolls Royce

November 17th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Semalam, viral sebuah video bakal pengantin Izara Aishah dan Adib Khalid mendapat kereta mewah Rolls Royce sebagai hadiah kahwin. Di dalam video berdurasi 45 saat itu, pasangan ini kelihatan sangat teruja sambil mengucapkan terima kasih kepada abangnya membuatkan ramai orang salah sangka.

Artikel berkaitan : Reaksi Comel Izara Aishah Apabila Dapat Hadiah Kereta Rolls Royce, Bertuah Badan!

Adib Khalid melalui Harian Metro menjelaskan kereta berharga RM1 juta tersebut bukanlah hadiah kahwin sebaliknya dipinjam untuk shooting program di Astro.

Video viral

Adib Khalid yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios & Tune Music berkata kereta tersebut bukanlah hadiah seperti yang diperkatakan. Ianya dipinjam sementara untuk shooting program di Astro.

Saya nak perbetulkan di sini, ia bukan hadiah seperti diberitakan. Selepas selesai majlis, ia akan dipulangkan dan akan dijual kerana dipinjam sementara dari syarikat kereta yang diuruskan abang saya, Anas.

Bukan hadiah, pinjam saja.

Tambah Adib lagi, dia juga terkejut apabila ramai orang bertanyakannya mengenai kesahihan video yang viral itu.

Siapa tak teruja lihat kereta mewah Rolls Royce Phantom berharga RM1 juta kan? Menjelang perkahwinan tidak lama lagi, Adib mengakui sedikit gemuruh dan mohon orang ramai mendoakan mereka.

sumber : Harian Metro

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×