Terlalu Istimewa merupakan sebuah lagu yang dirakam dan dipersembahkan oleh penyanyi, Adibah Noor. Sejak lagu tersebut dikeluarkan pada tahun 2005, ianya menerima feedback yang baik dari kalangan pendengar di Malaysia.
Menerusi Twitter Adibah Noor, dia berkongsi maksud dan mesej disebalik lagu Terlalu Istimewa. Lagu yang dicipta khas itu merupakan tribute untuk tragedi pembunuhan kejam Allahyarham Nurul Huda Abdul Ghani dan kanak-kanak yang senasib dengannya.
Tribute untuk anak-anak yang sudah meninggal
Menurut Adibah, lagu yang pernah muncul sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL21) itu merupakan lagu tribute untuk anak-anak yang sudah meninggal dunia. Tambahnya, lagu tersebut bukannya untuk majlis perkahwinan, perpisahan, meraikan cinta bahkan buat anak-anak kelainan upaya.
Anugerah Juara Lagu 21
Lagu Terlalu Istimewa ciptaan komposer Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Adibah Noor telah muncul sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-21 (AJL21) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada tahun 2007. Di samping dinobatkan sebagai Juara bagi kategori Balada, lagu tersebut juga berjaya menewaskan tiga buah lagu lain di dalam kategori yang sama iaitu Mungkir Bahagia nyanyian (Hazami), Ku Seru (Misha Omar) dan Secebis Harapan (Nora).
Sumber: Adibah Noor