Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pasti berbeza, yelah, hampir 2 tahun kita menyambut Hari Raya dalam fasa pandemik, mestilah tahun ni korang nak sambut dengan meriah kan?
Kemeriahan raya kali ni boleh diraikan dengan produk kesukaan Remy Ishak dan Farah Nabilah. Eh apa yang istimewa sangat produk ni sampai mereka suka sangat? Haa.. kalau korang nak tahu jom layan dulu video “Raya Bersama, Raya Bermakna”!
Sampai berjoget-jogetlah si Remy Ishak, Farah Nabilah dan yang lain-lain. Punyalah hebat penangan ‘Ve’ yang mereka dok sebut-sebut ni.
Korang dah tengok kan video Remy Ishak dengan Farah Nabilah tu? Nampak berbeza sangat sebelum dan selepas mereka jumpa dengan produk ni kan! Raya yang suram pun bertukar menjadi ceria dengan kehadiran produk-produk ni! Wah.. Memang best sangat lah raya korang kali ni.
Eh, ‘Ve’ tu apa? Haa..kalau korang nak tahu, Ve ni adalah siri jenama dapur Malaysia yang penuh inspirasi dengan memberikan rasa autentik dan asli dari kepelbagaian budaya dan warisan.
Siri Ve menampilkan beberapa produk seperti VeSawit, VeCorn, VeSoya dan yang terbaru VeLada.
Persiapan raya pun jadi mudah je! Meriah betul mereka sambut menggunakan produk-produk ni semua! Setiap hidangan pun memberikan rasa yang bermakna!
Rasa autentik lokal bersama VeSawit
Suasana Aidilfitri lebih ceria dengan pelbagai hidangan yang disediakan terutama sekali rendang, ketupat, kuah kacang yang selalu dinanti-nantikan bila raya je. Tapi penting untuk pastikan minyak masak yang kita guna adalah berkualiti.
Haaa..tak payah risau! Korang guna je VeSawit sebab rasa minyak sawit autentik mampu membangkitkan aroma lokal serta kaya dengan vitamin E yang disahkan oleh Institusi Swiss Vitamin.
VeSawit juga sesuai untuk semua jenis masakan tradisi Melayu terutama sekali untuk menggoreng atau menumis, memang sesuai untuk korang nak masak rendang nanti.
Rasa masakan dan kuih muih jadi lebih halus dan lazat bersama VeCorn
Dah masak banyak hidangan tu, tak lengkaplah kalau tak buat kuih raya kan? Minyak jagung VeCorn la bahan rahsia yang diperlukan bagi menyedapkan lagi kuih raya. VeCorn yang kaya dengan Omega 6 dan Vitamin E pasti menjadikan kuih raya lebih lembut dan lazat.
Biskut kacang mazola adalah antara yang wajib dihidangkan di pagi raya. Jadi kalau korang nak mengekalkan rasa asli biskut mazola macam yang nenek korang buat, gunalah minyak VeCorn.
Rasa rangup setiap hidangan bersama VeSoya
Haa.. ada yang menarik dalam Siri Ve ni VeSoya lah! Eh kenapa pulak menarik? VeSoya ialah minyak masak daripada kacang soya tau, memang jarang jumpa kan.
VeSoya ni sesuai untuk menggoreng juga dan selalu digunakan untuk masakan Korea tau! Dah berkumpul beramai-ramai dengan keluarga tu mesti nak juga kan rasa makanan lain Syawal ni. Selain makanan tradisional, kita boleh juga buat makanan yang rare untuk dihidang time raya kan!
Boleh la buat ayam goreng Korea guna minyak VeSoya! Fuh.. memang sedap sangat wei. Korang tahu tak, VeSoya juga kaya dengan Omega 3 & 6 tau! Rasa rangup setiap hidangan korang untuk syawal ni!
Makanan raya korang lagi sedap kalau ada VeLada
Istimewa kali ini Siri Ve memperkenalkan produk baru iaitu VeLada. Menariknya, VeLada ada dua jenis iaitu lada hitam dan lada putih asli dari Sarawak tanpa sebarang bahan pengawet. Sesuai untuk menambahkan perasa pada makanan korang!
Rasa versatil bersama NeuVida
Masa raya biasalah, makanan yang disediakan selalunya berminyak, tapi korang boleh gantikan dengan minyak masak NeuVida yang lebih sihat. NeuVida tahan suhu sehingga 245°celcius dan dibotolkan dalam botol bio-PET.
Selain itu, NeuVida juga mengandungi 83% Asid Oleik, jadi korang boleh menikmati juadah raya tanpa rasa bersalah.
NeuVida menjadikan sajian rasa lebih versatil. Produk minyak premium ini diimport daripada Argentina, memang luar biasa la kualitinya.
Remy Ishak kongsi rahsia miliki rasa segar sepanjang hari!
Baju raya dah cantik mesti korang nak senyum dalam keadaan yang penuh yakin. Kekalkan senyuman manis korang dan nafas yang segar dengan berus gigi MorningKiss Optimus Charcoal dan ubat gigi MorningKiss Tea Tree Oil.
Berus gigi dari MorningKiss mempunyai berus arang slimtip 0.01mm yang lebih halus untuk menghilangkan plak gigi dan mampu membersihkan gusi secara lembut.
Tapi lagi best kalau korang guna berus gigi dengan ubat gigi MorningKiss tau! Nafas korang jadi segar je. Bila gigi dah cantik, barulah yakin nak senyum dan ber-ootd!
Tawaran menarik dan percuma VeLada!
Yang paling best, sekarang ada promosi hebat iaitu dengan setiap pembelian VeSawit, VeCorn, NeuVida dan jenama-jenama yang terpilih di pasaraya yang terpilih, korang berpeluang mendapat VeLada hitam Sarawak yang bernilai RM10.50. Bestnya!
Apa korang tunggu lagi, jom dapatkan kesemua produk ini di Lazada, Shopee dan pasaraya tertentu untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini, boleh layari laman sesawang ini!
Korang juga boleh guna lagu tema video ni di Facebook dan Instagram story! Lagu ni boleh download dekat Spotify! Admin pun dah tak henti-henti nyanyi ni. Jom kasi lagu ni trending raya ni!