berita

Bukan Makanan Je, Cinta Pun Boleh Ditapau! Jom Layan Hello, Jangan Tapau Cintaku Di iQiyi!

August 3rd, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Selepas Budak Tebing 1 & Budak Tebing 2, Eyka Farhana kembali dalam drama bersiri Hello, Jangan Tapau Cintaku yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Haa..dengar tajuk pun dah menarik kan, apatah lagi dramanya.

Korang kena layan tau, sebab dengar cerita, drama ni turut menampilkan barisan pelakon yang tak kurang hebatnya seperti Elisya Sandha, Nafiz Muaz, Lisdawati, Azri Iskandar dan ramai lagi.

Jom kami kongsikan apa yang menarik tentang drama terbaru ni!

Kisah si gadis manis yang jatuh cinta pada boss sendiri yang berlagak!

Drama bergenre cinta, keluarga dan persahabatan ni mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Ain Dheya (Elisya Sandha) yang datang ke bandar untuk bekerja. Memandangkan dia dari keluarga yang susah, Ain Dheya sehabis boleh berjimat cermat dan mempunyai sifat yang tak dapat dikikis iaitu suka tapau makanan.

Manakala, Ash Fayyad (Nafiz Muaz) pula seorang anak hartawan yang boros, sombong dan suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya termasuk Ain Dheya.

Kisah mereka bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga adik perempuannya yang berkerusi roda. Ain Dheya yang terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya terus menerima tawaran tersebut.

Bermacam-macam perkara yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad, sampai huru hara dibuatnya!

Siapa pula Ann Dayana yang dah lama cintakan Ash Fayyad ni?

Kredit: myinfotaip.com

Konflik bermula apabila muncul Ann Dayana yang dah pun menyimpan perasaan cinta kepada Ash Fayyad selama 5 tahun dan berharap untuk menjadi suri hatinya.

Korang rasa, akan berputik ke cinta yang tak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti dan dapatkah Ann Dayana merebut cinta Ash Fayyad selepas kehadiran Ain Dheya?

Kalau nak tahu kesudahannya, korang boleh saksikan drama Hello, Jangan Tapau Cintaku yang akan datang pada setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3 atau pada aplikasi iQiyi pada hari yang sama selepas satu jam siaran iaitu pada jam 10 malam

Tonton secara PERCUMA dan eksklusif di iQiyi!

Selain percuma dan eksklusif, korang juga boleh nikmati lebih 30,000 kandungan Melayu, Cina, Korea & anime tempatan yang bermutu tinggi dalam sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Untuk pengalaman tontonan yang lebih menarik, korang juga boleh menjadi ahli VIP iQiyi untuk nikmati pelbagai faedah eksklusif seperti skip iklan, langganan berharga RM1.90 untuk bulan pertama, kandungan eksklusif dan tontonan awal, Dolby Atmos, dan HD Penuh (4K). Bestnya!

Korang dah mendaftar untuk vaksin? Nikmati akses VIP PERCUMA di iQiyi! #iQiyiBersamaRakyat

Oh ya, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya, iQiyi kini bekerjasama dengan COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) dan pelbagai jenama bagi mendorong orang ramai untuk mendapatkan vaksin.

Ini juga sebagai salah satu usaha untuk membawa negara kita selangkah lebih dekat kepada matlamat imuniti kelompok. iQiyi juga berjanji untuk memberi penghargaan kepada rakyat Malaysia dengan memberi akses VIP percuma kepada mereka yang sudah mendaftar untuk menerima vaksin!

Nak tahu macam mana nak dapatkan akses VIP iQiyi percuma selama 2 minggu?  

Akses VIP percuma akan diberikan kepada korang yang memenuhi salah satu kriteria di bawah:

  • Telah mendaftar untuk menerima vaksin atau sudah menerima vaksin
  • Menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
  • Menempah ujian covid di BP Healthcare

Best kan? Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jom layari www.iQiyiBersamaRakyat.com.

Duduk rumah dan kekal selamat bersama iQiyi!

SKIP THIS AD ×