berita

Bukan Menunjuk-Nunjuk – Sasha Saidin Jelaskan Isu Rambut Blonde

June 12th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

 

Screen Shot 2014-06-12 at 9.56.48 AM

Ha.. siapa dah tengok imej terbaru si cantik, Shasha Saidin? Rambut blonde, kulit putih melepak, bentuk tubuh model, memang Shasha layak digelar hot mama! Kami suka sangat!

Namun realitinya,  bukan semua pihak memuji penampilan ibu kepada seorang anak itu apabila dia dikatakan sengaja mahu menunjuk-nunjuk kecantikan yang dimiliki. Eh. Ada pula macamtu?

Semalam, kami berkesempatan untuk berbual mesra bersama Shasha di Majlis Pelancaran High Performance Foundation by Farmasi Colour Cosmetics. Sambil-sambil itu saya pun terus mengajukan isu kontroversi yang sering menjadi perbalahan antara para pembaca semua.

Screen Shot 2014-06-11 at 6.51.07 PMHot mama in the house!

“Sebenarnya ramai yang mewarnakan rambut. Cuma mereka menggunakan warna yang tidak ketara. So, ada yang persoalkan daripada segi halal dan tak halal. Tapi InsyaAllah, Sha buat research dan pastikan yang Sha guna produk yang halal dan natural sahaja.

Sha lakukan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sebenarnya untuk kerja dalam sebuah drama. Tapi Sha tak dapat buat drama tu dan kebetulan ada beberapa projek yang memerlukan Sha untuk berambut blonde. So, Sha teruskan sahaja dengan warna rambut blonde. Tapi penampilan ini hanya untuk sementara.”

Shasha juga tidak lokek untuk berkongsi kisah kehidupannya sebagai ‘ibu berdikari’ yang perlu membesarkan anak lelakinya, Adam Aryasenna Notosoemarsono.

“Sha lebih suka menggelar ibu tunggal sebagai ibu berdikari. Sha yang akan menghantar dan menjemput Arya sendiri dan jika berkerja, ibu Sha yang akan jaga.

Kes-kes dera yang berlaku kat nursery sekarang ni sangat menakutkan. Tapi tak boleh salahkan parents sebab mereka bekerja. Sebenarnya beberapa pusat jagaan ni je yang burukkan imej semua nursery. Jadi, rasanya kena buat research dulu sebelum hantar anak-anak ke nursery.”

Beralih pada soal karier, Shasha kini sedang sibuk dengan beberapa projek dalam bidang peragaan dan turut terlibat dalam program televisyen untuk Hari Raya Aidilfitri.

Kredit foto: Instagram Shasha Saidin

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×