berita

‘Bukan Niat Nak Berahsia..’ – Bakal Dapat Anak Baru, Ozlynn Kongsi Berita Gembira

December 27th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

 

Selain daripada berlawak, Johan juga merupakan seorang ayah yang tegas dan mengutamakan disiplin terhadap anak-anaknya. Kalau siapa ikuti mereka di Instagram, pasti tahu Johan mempunyai skill  membentuk anak-anaknya dengan cara tersendiri.

Terbaru, Ozlyn berkongsi berita gembira bakal mendapat anak baru. Nampak gayanya tahun depan Chantiq ada adik lah. Tahniah Johan dan Ozlynn. Tak sabar tunggu anak baru mereka.

 

Taknak letak harapan tinggi

Tq #astrogempak fyza.. khas buat mu ku bocorkan jua rahsia setelah baby dlm kandungan betul2 kukuh dan sihat hendakNya.. bkn nak berahsia tp xmo letak harapan yg tinggi.. dan doctor kami pun nasihat kalau boleh tunggu kandungan masuk 2nd trimester.. tq Jah tlg pegang amanah nih sekian lama.. terima kasih pada semua yg wish dan mendoakan utk kami sekeluarga..mintak maaf sesgt kalau ada yg x terlayan selama nih… mak buyung 1st time kena morning sicknesssssssss #mambono5#[email protected]@thejozheart @thejozheartsg

Sudah 5 bulan

Pelakon Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio Era, Johan, mengesahkan sedang hamil anak kelima.

Ozlynn ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu mula menyedari perubahan berlaku pada dirinya sejak menyertai pertandingan realiti Super Spontan Superstar (SSS) 2017. Ketika dihubungi Astro Gempak, Ozlyn sedang dalam persiapan untuk bercuti bersama keluarganya di Jepun.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini.Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018. Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi.

Namun saya tidak memberi sebarang reaksi atau kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil. Yang sebetulnya saya pergi bekerja di sana, tetapi alang-alang saya bawa anak-anak sekali. Nak cari hari bercuti agak sukar kerana sibuk dengan penggambaran, jadi saya ‘curi masa’ sikit.

Respon netizen

Sumber : Astro Gempak, Jozlynhanania

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×