berita

‘Bukan Niat Nak Salahkan Cikgu’ – Sweet Qismina Respon Isu Hantar Buku Teks

January 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Pelakon, Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhana Qismina Supandi meluahkan rasa kesal terhadap sistem pengambilan dan pemulangan buku teks oleh pihak sekolah adiknya.

Menerusi Twitter Sweet, hanya ibu bapa dan penjaga sahaja yang didakwa boleh hadir untuk mengambil dan memulangkan buku teks.

Bukan umur 10 tahun

Parents or guardian tak semua umur muda ye yang larat nak gerak dengan panas terik 11 pagi hingga 1 tengah hari berjalan kehulur kehilir nak pi ambil dan pulangkan buku teks. I yang baru 24 ni pun tak larat dan tahan with this freaking hot weather. So how do you expect old people to do so? Kesian diorang.

The textbooks were so heavy! My sister’s friend kata her mum siap ada yang sakit pinggang and had to do it by themselves but gigihkan jugak sebab dia je yang boleh masuk. At least, let the child to bring for their parents or you hire someone to tolong angkat la.

Menurut Sweet, luahan tersebut dilakukan ketika dia sendiri melihat sistem yang dilakukan oleh pihak sekolah sewaktu mengambil buku teks milik adiknya yang berusia 17 tahun. Dia juga berkata, tidak semua ibu bapa memiliki tubuh yang sihat untuk membawa buku teks yang berat itu selain cuaca yang agak panas pada masa tersebut.

Sampai tak ada nafas

Last, could you please assist the parents or guardian to where they should go? I dah la tak tahu kelas adik I kat mana, sekolah besar namatey and jenuh tawaf satu sekolah you know. I sampai tak ada nafas dah dengan pakai mask lagi so you bayangkan orang berumur yang kena? Last, I suggest for school to biarkan budak-budak yang pergi amik but let the parents sign for them masa nak masuk sekolah. If tak percaya itu parents or guardian minta je la IC. Benda senang dah kenapa nak sulitkan?

Di akhir tweet tersebut, Sweet berharap pihak sekolah mampu membantu ibu bapa mahupun penjaga sewaktu proses mengambil dan memulangkan teks. Sweet turut memberikan cadangan agar pihak sekolah membenarkan pelajar-pelajar untuk mengambil buku teks mereka sendiri.

Bukan niat nak salahkan cikgu

Dear teachers, I’m deeply sorry if my caption yesterday buat cikgu terasa. I did reply on one of the teacher’s comment saying I wasn’t blaming teachers at all. That was why, I did ask semua sekolah macam ni ke? If yes, why ada yang kata sekolah dia tak sama. It was a question. Second, I tagged @kempendidikan to do something and not CIKGU about this matter since my issue was only about ‘Old people yang ada high risk untuk kena dan yang tak larat nak pergi because ada yang complain to me diorang tak larat yesterday plus it was quite strict at my sister’s school itu sahaja.

Bayangkan I cakap i ni guardian pun tak bagi masuk? So yes, I am still with my stand tapi bukanlah niat nak blaming Cikgu. I hope you do understand that. I appreciate what you’ve done for students. I know there are must be ways @kempendidikan boleh buat. So once again to teachers, I’m sorry.

Susulan daripada tweet yang dimuat naik, Sweet didakwa menerima pelbagai kecaman daripada golongan pendidik. Oleh itu, Sweet telah membuat permohonan maaf kepada semua guru sekiranya mereka terasa mengenai tweet yang dimuat naik itu. Jelasnya, dia tidak menyalahkan guru sebaliknya, dia meminta Kementerian Pendidikan untuk berfikir sesuatu mengenai golongan warga emas dan golongan yang berisiko sekiranya mereka datang untuk mengambil buku teks anak mereka dalam situasi sebegitu.

Sumber: Sweet Qismina

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×