berita

‘Bukan Niat Untuk Bermegah’ – Muat Naik Gambar Bantuan Air, Menteri Besar Selangor & Isteri Mohon Maaf

September 7th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tindakan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad memuat naik sebuah lori tangki Air Selangor menghantar bekalan air ke kediamannya mengundang reaksi negatif orang ramai. Perbuatan itu dianggap keterlaluan di saat orang ramai berusaha mendapatkan bantuan ketika gangguan air.

Terbaru, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri memohon maaf di atas tindakannya itu.

Mahu ucap terima kasih

Memetik laporan Berita Harian, beliau berkata tindakan isteri memuat naik gambar tersebut adalah bertujuan untuk mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang dihantarkan.

Isteri saya sudah memohon maaf semalam dan apa yang dilakukan beliau adalah untuk menyampaikan rasa gembiranya terhadap bantuan air yang diberikan Air Selangor, selepas seharian menunggu bantuan datang.

Tapi perkara ini menjadi modal bagi sesetengah pihak untuk menyerang saya, tapi tak apalah saya dan isteri mohon maaf.

Terdahulu, Datin Seri Masdiana Muhamad menerusi Facebook turut memohon maaf secara terbuka dan menafikan dakwaan bantuan bekalan air tersebut adalah untuk memenuhi kolam renang rumahnya.

Bukan untuk bermegah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya menyedari kekhilafan di pihak saya untuk memuat naik gambar tersebut yang menimbulkan banyak tafsiran.
Dakwaan yang kata lori itu dihantar untuk memenuhkan kolam renang tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Sebagai seorang ibu saya cuma ingin menyampaikan rasa berterima kasih kepada petugas barisan hadapan Air Selangor yang bertungkus lumus sejak beberapa hari lepas, bukannya niat untuk bermegah-megah.

Justeru saya memohon maaf sekiranya tindakan tersebut mendatangkan sebarang bentuk salah tafsir dan mengguris perasaan mana-mana pihak.

InsyaAllah saya akan bersama petugas barisan hadapan Air Selangor untuk turun membantu penduduk di kawasan-kawasan yang belum menerima bekalan air, terutamanya golongan ibu dan warga emas.

Ujarnya lagi, beliau tiada niat untuk bermegah-megah sebalik mahu berterima kasih kepada petugas barisan hadapan Air Selangor yang telah bertungkus lumus untuk beberapa hari yang lepas.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×