Seorang lelaki kini menjadi buruan polis apabila dia merompak sebuah kedai ketum dan bertindak melakukan gangguan seksual terhadap pemilik kedai tersebut pada minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Warga Emas Di Penjara 96 Tahun Kerana Melakukan Serangan Seksual
Artikel Berkaitan: Lelaki Samun Kedai Emas Guna Pistol Mainan Ditahan Polis
Mangsa masih gadis remaja
Gambar sekadar hiasan
Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular dimedia sosial, menyaksikan suspek memakai jaket berwarna hitam dan memakai topi keledar telah meletakkan motosikalnya diluar kedai berkenaan. Kemudian suspek memasuki kedai ketum itu lalu mengancam mangsa untuk merompak.
Pihak polis menjelaskan, suspek telah mengancam pemilik kedai berkenaan yang juga seorang gadis dengan mengacukan sepucuk pistol.
Setelah itu, suspek merompak kesemua wang tunai sebelum melakukan serangan seksual terhadap pemilik kedai tersebut.
Mangsa yang baru berusia 19 tahun itu berkata dia dan ibunya menyewa sebuah rumah untuk mereka mengusahakan kedai menjual ketum yang terletak di wilayah Nakhon Thammarat, Thailand.
Sumber: Thaiger