Sebelum ini, suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red menyatakan dia mahu mempertahankan rumah tangganya disebabkan anak-anak mereka.
Artikel Berkaitan: Datuk Red Nampak Peluang Rumah Tangga Boleh Diselamatkan – ‘Dalam Hati Adira Masih Ada Saya’
Artikel Berkaitan: Laporan Jawatankuasa Pendamai Gagal! Kes Cerai Adira Suhaimi & Datuk Red Ke Peringkat Hakam
Berbaik demi anak
Bagaimanapun, Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 32, menegaskan dia sudah lama berbuat demikian.
Malah, menurutnya keputusan untuk berpisah yang diambil sekarang ini adalah untuk kebaikan empat orang cahaya matanya.
Saya sebenarnya sudah lama fikir tentang itu (anak-anak), sekarang ini semua yang berlaku pun sebab anak-anak. Dahulu saya rujuk pun sebab anak-anak, tiada sebab lain selain mereka.
Sampai setakat ini keputusan saya tetap sama untuk meneruskan perceraian, tidak akan berubah apa pun.
Adira berkata demikian sejurus selesai mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada Selasa.
Bagaimanapun proses tersebut gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April 2024.
Dalam pada itu, pelantun lagu Ku Ada Kamu itu menafikan dakwaan suaminya mengatakan dia yang menggosok kemeja yang digayakannya sewaktu datang ke mahkamah, semalam.
Bukan saya yang gosok baju itu, bibik yang buat. Tapi betul lah kami masih serumah. Dekat rumah pun memang ada komunikasi antara saya dan dia, tidaklah bermasam muka.
Tapi seperti saya cakap berulang kali sebelum ini, walau macam mana pun sekali pun, keputusan saya masih dan tetap sama (cerai). Itu sahaja yang saya boleh kongsikan setakat ini.
Terdahulu, pada 25 Oktober tahun lalu, Adira telah memfailkan perceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.
Untuk rekod, Adira pernah memfailkan perceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan tersebut demi anak-anak.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.
Dalam pada itu, perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata