berita

‘Bukan Saya Yang Positif Dadah & Ditahan’ – Syafie Naswip

October 11th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Pelakon Syafie Naswip mendedahkan namanya turut terkena tempias berikutan kes penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Artikel Berkaitan: Pelakon, Pengarah & Penolong Pengarah Buat Hal, Kantoi Positif Dadah

Bukan saya positif dadah

Menurut Syafie atau nama sebenarnya Mohd Shafie Naswip berkata dia menerima pertanyaan daripada rakan-rakan serta peminat yang ingin mengetahui kebenaran.

Oleh sebab itu, dia tampil menafikan dakwaan tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Salam semua. Ramai yang DM tanya adakah individu itu adalah saya, since saya shooting di Kuala Kangsar baru-baru ini.

Jawapannya tidak. Ada beberapa produksi drama lain yang turut shooting di sana.

Dijauhi daripada fitnah

Dalam pada itu, pelakon drama Kamar Kamariah turut berdoa agar dirinya tidak lagi terpalit dengan fitnah seperti itu.

Moga dijauhkan daripada fitnah seperti ini lagi.

Difahamkan, Syafie sedang menjalani penggambaran drama Hidayah Ustaz Viral di Kuala Kangsar yang turut dibintangi oleh Alya Iman, Syafi Tee dan Fauziah Nawi.

Semalam, beberapa portal melaporkan pelakon lelaki berusia 29 tahun, pengarah dan penolong pengarah ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, pelakon dan pengarah tersebut positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol. Manakala, penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.

Kesemua mereka berada di dalam bilik berasingan ketika serbuan dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Instagram @syafienaswip

SKIP THIS AD ×