berita

Bukan Sekadar Hari Cuti, Ini ‘Sejarah’ Tentang Hari Malaysia Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

September 16th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Tarikh 16 September merupakan hari yang diisytiharkan sebagai Hari Malaysia. Ia merupakan kesinambungan daripada sambutan Hari Kebangsaan yang diraikan pada setiap 31 Ogos semenjak 1957.

Namun, disebalik tarikh 16 September ini, ramai yang mengganggap ia hanya sekadar cuti umum dan tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku disebalik tarikh 16 September ini.

Fakta menarik Hari Malaysia

Gambar sekadar hiasan

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Ia menandakan hari penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Namun begitu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri namun ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Mulai tahun 2010, Hari Malaysia kini merupakan cuti am di semua negeri  yang terdapat di Malaysia.

Logo dan Tema Hari Malaysia 2020

 

Foto: Jabatan Penerangan

Bagi tahun 2020, logo berbentuk hati dipilih dengan bertemakan warna-warna daripada bendera Jalur Gemilang. Logo tersebut, melambangkan keprihatinan pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum dan pegangan agama yang berbeza.

Tema sambutan pada tahun ini adalah ‘Malaysia Prihatin’ yang membawa maksud seluruh rakyat Malaysia menggembleng tenaga dalam memerangi wabak Covid-19 tidak mengira pangkat, agama, dan fahaman politik demi keselamatan dan keharmonian bersama.

Bagi ‘Prihatin’ menjelaskan keprihatinan pihak kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif PRIHATIN yang merangkumi pelbagai aspek seperti ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Kronologi pembentukan Malaysia

Foto: Utusan Borneo

Foto: TV Pertiwi

1945 – Konsep Kesatuan Malaya (Malayan Union) diperkenalkan oleh kerajaan Imperialis Inggeris untuk menuju ke arah pembentukan kemerdekaan. Pada mulanya, ia dibantah oleh majoriti rakyat tempatan kerana menyebabkan Sultan hilang kuasa dalam bidang politik.

1947 – Pihak Inggeris mencadangkan konsep pembentukan perseketuan Tanah Melayu setelah berhadapan dengan rusuhan dan pemberontakan orang Melayu.

1948 – Malaya memasuki tempoh darurat kerana pemberontakan Komunis.

1949 – Pilihan raya pertama Malaya yang dipelopori Parti Perikatan iaitu UMNO, MCA dan MIC yang mewakili 3 kaum utama Melayu, China dan India.

1955-1956- Rundingan ke London diketuai oleh Tunku Abdul Rahmin bagi merunding mengenai kemerdekaan Malaya. Melalui rundingan tersebut, persetujuan telah dibuat pada Februari 1956 dan kemerdekaan secara rasmi akan diberikan. 

1957 – Kemerdekaan dan pembentukan Persekutuan Malaya pada 31 Ogos 1957.

1960 – Darurat dimansuhkan sejak 1948 kerana para pemberontak Komunis mula hilang kuasa.

1962 – Rundingan demi rundingan dibuat demi mencapai kemerdekaan bagi Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Pada mulanya, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bersama Malaya tetapi mendapat tentangan yang hebat dari pihak Filipina dan Indonesia.

1963 – Pembentukan Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 terdiri daripada 9 negeri di Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura.

1965 – Namun disebabkan salah faham yang wujud antara pemimpin dari kerajaan pusat dan pihak berkuasa Singapura, Singapura mengambil keputusan untuk meninggalkan Kesatuan pada 6 Ogos 1965 lantas membentuk sebuah negara berasingan.

Sumber: Majlis Daerah Kuala Selangor, Berita Harian, Jabatan Penerangan, Utusan Borneo, Kampung Keluarga TV Pertiwi

SKIP THIS AD ×