Sentiasa memberikan perlindungan kepada pelanggan-pelanggan mereka, Allianz Malaysia merupakan salah satu syarikat insurans yang menjadi buah mulut orang ramai.
Ini kerana mereka bukan sahaja sekadar menawarkan perlindungan. Mereka juga menawarkan pelbagai faedah tambahan seperti faedah gaya hidup, perkhidmatan tambah nilai dan banyak lagi!
Inilah yang menjadikan mereka sebuah syarikat insurans yang mengutamakan pengalaman yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan!
Jemput pelanggan “enjoy” konsert artis popular!
Kalau korang semua nak tahu, baru-baru ni Allianz Malaysia telah menjemput pelanggan-pelanggan mereka pergi ke Jacky Cheung 60+ Concert Tour dan Konsert Aku Faizal Tahir di KL.
Bagi konsert Aku Faizal Tahir, pelanggan Allianz Malaysia hanya perlu membeli atau memperbaharui insurans motosikal, Allianz Motorcycle Plus atau insurans perlindungan Allianz, PerlindunganKu Allianz4All atau menyertai kempen Allianz #Experience10 untuk berpeluang memenangi jemputan ke konsert tersebut.
Yang best sangat tu, selain dapat enjoy menonton konsert, pelanggan yang terpilih juga diberikan peluang untuk berjumpa dan bergambar bersama artis pujaan mereka.
Allianz Malaysia mahu cipta pengalaman indah buat pelanggan mereka!
Tujuan utama Allianz Malaysia sediakan pelbagai faedah tambahan termasuk faedah gaya hidup dan hiburan adalah kerana mereka mahu mencipta pengalaman yang menyeronokkan buat pelanggan-pelanggan mereka agar hubungan yang dibina kekal erat.
Misalnya, Allianz Malaysia juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan serta peluang eksklusif untuk memperoleh barangan edisi terhad Allianz untuk menghiburkan penonton konsert.
Disamping itu, pelanggan Allianz Malaysia yang terpilih juga diberikan akses eksklusif untuk beramah mesra bersama artis kesayangan mereka semasa sesi “sound check” yang tidak boleh diakses oleh orang ramai.
Allianz Malaysia lain daripada yang lain!
Berbeza daripada syarikat insurans yang lain, Allianz Malaysia mahu memberikan nilai tambahan lain yang membolehkan pelanggan mereka nikmati kualiti hidup secara menyeluruh.
Di bawah tema menyeluruh ‘Allianz #Experience10’, Allianz Malaysia bukan sahaja berusaha untuk menawarkan perlindungan insurans yang komprehensif tetapi juga menyediakan faedah eksklusif untuk mencipta pengalaman holistik yang merangkumi setiap aspek perjalanan seseorang pelanggan bersama Allianz.
Ini melibatkan usaha yang melangkaui perlindungan insurans untuk memastikan setiap interaksi bersama Allianz adalah pengalaman yang 10/10.
Dengan menawarkan pelbagai penyelesaian insurans daripada insurans motosikal, kereta rumah, nyawa, perubatan, kemalangan diri ke perkhidmatan tambah nilai seperti pelbagai faedah gaya hidup melalui Allianz We Care Community, Allianz Careline dan lebih lagi, Allianz Malaysia sentiasa menyediakan perlindungan dari A-Z untuk pelanggan mereka.
Selain itu, dengan tema Allianz #Experience10, pelanggan Allianz Malaysia juga dapat menikmati peluang untuk memenangi jemputan eksklusif ke acara-acara awesome yang bakal diadakan pada masa akan datang.
Dapatkan perlindungan daripada Allianz Malaysia sekarang dan alami sendiri kelebihannya di https://www.allianz.com.my/personal.html.
Kini di bawah Inisiatif Rahmah, Allianz Malaysia menyediakan pelan perlindungan mampu milik untuk korang semua.
Layari https://www.allianz.com.my/personal/whats-new/rahmah-insurance-bm.html untuk maklumat lanjut.