berita

Bukan Sekali Tapi Tiga Kali! Bapa Rogol Anak Lepas Pantang Didakwa Di Mahkamah

June 23rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki berusia 54 tahun sebelum ini direman kerana disyaki merogol anak kandungnya yang baru habis berpantang kini telah didakwa dengan tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen pada hari ini (23 Jun 2020).

Didakwa rogol anak kandung

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 21 tahun sebanyak 2 kali iaitu pada 30 dan 31 Mei. Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah rumah yang terletak di Kangar. Manakala untuk pertuduhan ketiga pula, tertuduh dikatakan cuba merogol mangsa pada 1 Jun 2020 yang lalu di lokasi yang berbeza.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan, ketika kejadian tertuduh telah mengugut untuk mencedarakan bayi mangsa sekiranya permintaannya itu tidak dituruti, Mangsa yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa akur dengan kehendaknya sebelum bertindak membuat laporan polis.

Tidak dibenarkan hubungi mangsa

Sementara itu, tertuduh yang merupakan bapa kepada 4 orang anak mengaku tidak bersalah dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B dan 511 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun bersama sebatan.

Tertuduh diarahkan untuk melaporkan diri ke balai polis setiap minggu selain dibenarkan diikat jamin berjumlah RM12,000 dengan 2 orang penjamin serta tidak dibenarkan mendekati dan menghubungi mangsa mangsa walaupun melalui panggilan telefon.

Jaminan akan ditarik balik sekiranya tertuduh tidak mematuhi syarat-syarat jaminan yang telah ditetapkan itu. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 23 Julai ini untuk serahan laporan lengkap perubatan.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

SKIP THIS AD ×