Pelakon Ozlynn menitipkan nasihat untuk pasangan suami isteri dalam mengharungi kehidupan bersama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ozlynn Dedah Sisi Berbeza Johan – ‘Dia Sebenarnya Seorang Yang Pendiam & Tak Banyak Cakap’
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Potong Bawang Ni?’ – Johan & Ozlynn Buat Kejutan Untuk Anak Bujang Bikin Netizen Sebak
Tak ada yang sempurna
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, menegaskan tentang kepentingan komunikasi antara suami dan isteri serta anak-anak.
Dalam hidup ini banyak yang aku belajar. Ya, tak ada manusia yang sempurna tetapi semakin kita belajar semakin inginkan perubahan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.
Sebab itu dalam perhubungan komunikasi itu penting, lebih-lebih lagi kaum isteri yang lebih banyak masa untuk anak-anak.
Suami perlu memainkan peranan juga, jangan sampai isteri tiada tempat untuk meluahkan lelah.
Menurut isteri kepada penyampai radio Johan itu berkata, berselisih pendapat adalah asam garam di dalam rumah tangga.
Justeru itu, suami dan isteri perlulah menjadi pendengar yang baik di antara satu sama lain dan peka dengan keperluan anak-anak.
Bukan senang jadi suami dan bukan mudah jadi isteri.
Sebab itu biar kadang terasa dengan kata-kata pasangan, makna masih punya hati. Jangan sampai apa yang pasangan luahkan, kita tak ambil peduli..tanda hati sudah mati.
Tiada pasangan yang tak pernah bergaduh atau terasa hati, baru lah ada warna warni.
Suami tolong ambil peduli, baik isteri mahupun anak. Jangan sampai bila mak ayah dah tak ada, anak tak terasa kehilangan sebab kita tak pernah ada bila mereka perlukan.
Kurangkan bermain telefon
Dalam masa yang sama, aktres berusia 43 tahun tersebut juga menasihati supaya pasangan suami isteri mengurangkan masa mereka bermain telefon.
Kurangkan masa dari media sosial dan bermain telefon, yang boleh melalaikan kita dan anak-anak.
Berjayanya kita bila lebihkan masa dengan Al-Quran dan faham setiap bacaan.
Untuk info, sepanjang perkahwinan Ozlyn dan Johan memiliki enam orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.
Sumber: IG Ozlynn