berita

Bukan Untuk Tanggalkan Makeup Je, Ini 4 Kegunaan Micellar Water Yang Ramai Tak Tahu!

December 28th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kecantikan

Semua orang mahukan kulit yang bersih, cantik dan mulus. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Oleh itu, tak hairanlah kalau penggunaan micellar water menjadi salah satu perkara wajib dalam rutin kecantikan harian.

Korang yang pentingkan penjagaan kulit mesti dah biasa dengan micellar water kan? Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Walaupun teksturnya seperti air biasa, ramai tak tahu yang micellar water mempunyai banyak fungsi selain menanggalkan solekan.

1. Boleh digunakan untuk syampu rambut

Kredit: Popmama.com

Minyak dan kotoran degil yang ada pada rambut agak susah dibersihkan. Micellar water boleh bantu korang membersihkan rambut dengan lebih mudah tanpa meninggalkan sisa berbahaya pada kulit kepala korang. Rambut juga jadi lebih lembut dan mudah diuruskan.

2. Menanggalkan kesan makeup pada wajah

Kredit: Hijabista

Selain penggunaan tisu basah, ramai yang mula menggunakan micellar water untuk menanggalkan kesan makeup. Hal ini disebabkan kesannya yang lebih efisien. Kesan makeup pada muka pun boleh hilang serta-merta!

3. Membersihkan berus solekan

Kredit: Hello Doktor

Berus makeup yang tak dibersihkan boleh beri kesan buruk pada kulit. Salah satu cara membersihkan berus makeup adalah dengan menggunakan micellar water. Tuangkan micellar water dalam mangkuk kecil, kemudian celupkan hujung berus makeup dan buat pergerakan membulat sampai bersih.

4. Menghilangkan sisa hair spray pada rambut

Kredit: Kawaii Beauty Japan

Pernah guna hair spray pada rambut? Biasanya kena cuci beberapa kali baru hilang sisa hair spray tu. Cara lain yang lebih praktikal untuk menghilangkan kesannya adalah dengan menggunakan micellar water. Tuangkan pada bahagian rambut yang kena hair spray, biarkan seketika dan gosok rambut dengan tuala secara lembut.

Bersihkan kulit badan secara lembut dengan Dove Micellar Shower Gel

Korang tahu tak yang micellar water pun boleh membersihkan tubuh badan tau. Lebih-lebih lagi kalau korang pakai Dove Micellar Shower Gel. Bukan setakat bersihkan muka, korang juga boleh bersihkan badan sekaligus dengannya. Paling unik, ia merupakan sabun mandian micellar water pertama di pasaran!

Sabun mandian terbaik dengan micellar technology

Produk terbaru dari Dove ini tampil dengan micellar technology yang menakjubkan. Dove Micellar Shower Gel mampu membersihkan kulit badan korang secara mendalam dengan lembut. Korang boleh merasainya sendiri bila korang guna Dove Micellar Shower Gel.

Bayangkanlah kulit terasa lembap dan lebih mulus selepas menggunakan Dove Micellar Shower Gel berbanding jenama-jenma lain. Paling penting, baunya lembut dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur.

Untuk pengetahuan korang, Dove Micellar Shower Gel dirumus dengan menggunakan kandungan air. Maka terbentuklah surfaktan sebagai micellar water di dalamnya.

Tambahan pula, ianya tidak mengandungi alkohol, paraben dan sulfat. Jadi, ianya cukup lembut pada kulit dan selamat untuk digunakan!

Tampil dalam varian wangian dengan keistimewaan tersendiri

Dove Micellar Shower Gel tampil dalam dua varian wangian iaitu Lotus Flower dan Green Tea. Setiap wangian ada fungsi dan kegunaannya yang tersendiri.

Lotus Flower sesuai untuk korang yang mempunyai jenis kulit sensitif. Ia membantu mengeluarkan kekotoran, melembapkan kulit tetapi dalam masa yang sama tidak akan memberikan sebarang iritasi pada kulit badan.

Green Tea pula bagus untuk korang yang mempunyai jenis kulit mudah berjerawat. Ia membantu membuang dan “detok” kotoran dan sebum yang terperangkap dalam pori-pori kulit badan kita.

Sebab itu korang perlu jadikan Dove Micellar Shower Gel sebagai salah satu rutin wajib dalam usaha memelihara kecantikan kulit korang. Nak kulit bersih, lembap dan mulus, Dove Micellar Shower Gel lah jawapannya.

Nak dapatkan Dove Micellar Shower Gel dan cuba sendiri produk ini, korang boleh dapatkan segera secara online di Guardian, Lazada, Watsons, Shopee & Shopalyst sekarang!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh terus ke laman sesawang Dove.

SKIP THIS AD ×