Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan seseorang itu kehilangan sumber pendapatan untuk menampung kehidupan seharian. Itu yang berlaku apabila Kementerian Kewangan membuat keputusan menamatkan kontrak MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC Gamuda) bagi kerja bawah tanah projek Transit Aliran Massa (MRT2).
Susulan daripada berita itu, beberapa pekerja telah meluahkan rasa sedih dan bingung mengenangkan nasib yang bakal diharungi mereka. Tambah berat lagi, apabila netizen merasakan perkara itu sebagai ‘perkara biasa’. Ini antara luahan pekerja yang mendapat ramai perkongsian di Facebook.
‘Ingat-ingat sikit dalam memberi komen tu..’
Menerusi pengguna Facebook bernama Khairul Azri, dia telah memuat naik paparan skrin beberapa luahan pekerja di medium laman sosial tersebut. Petition juga diadakan untuk membela nasib mereka. Setakat ini sebanyak 25,675 telah dilakukan.
Antara luahan pekerja di laman sosial media
‘Buktikan anda melihat nilai manusiawi itu lebih tinggi dari politik..’
Sumber: Facebook Khairul Azri