berita

‘Bulan Depan Bertambah Bilangan Keluarga Kami Insya-Allah’- Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah Umum Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

January 5th, 2022 | by Iman
Kini Trending

Umum tahu pasangan pelakon, Azwan Kombos dan isteri, Ezzaty Abdullah telah mendirikan rumah tangga mereka selama enam tahun semenjak 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata. Namun, baru-baru ini mereka mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Tahniah!

Artikel berkaitan: Tak Boleh Tayang Kemesraan Suami Isteri Di Khalayak Umum, Ezzaty Abdullah Menyesal & Minta Maaf – ‘Supaya Tidak Terdorong Untuk Melakukan Zina’

Bakal menimang cahaya mata kedua!

Berita gembira mengenai kehamilan anak keduanya itu dimuat naik oleh Azwan sendiri menerusi laman Instagramnya.

Jadi hari ini saya dengan rasa gembiranya nak bagi tahu isteri saya sedang hamil lapan bulan

Katanya lagi, dia tidak berkesempatan untuk berkongsi berita gembira tersebut lebih awal kerana agak sibuk dengan aktiviti dan kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, Azwan tidak mendedahkan jantina bayi tersebut.

Dah lama nak kongsi berita gembira ini. Tapi disebabkan aktiviti dan kehidupan seharian kami, macam rasa tak sempat nak fikir masa yang sesuai

Doakan yang terbaik buat bayi dalam kandungan ya

Sementara itu, Ezzaty juga turut berkongsi berita yang sama di akaun Instagramnya dengan menyatakan keluarga mereka bakal bertambah pada bulan hadapan.

Bulan depan bertambah bilangan keluarga kami Insya-Allah

Tahniah!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen termasuklah rakan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan yang baik-baik buat bayi dalam kandungan tersebut. Malah ada juga di antara mereka yang meneka jantina anak kedua Azwan dan Ezzaty Abdullah itu.

Sumber: Azwankombos

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×