Selebriti media sosial, Caprice tampil mendedahkan beberapa tangkap layar yang menunjukkan perbualan berunsur ‘sex grooming‘ di antara seorang individu yang dipercayai agamawan dengan mangsanya.
Jom video call
Meskipun tidak mendedahkan siapa gerangan individu tersebut, Caprice berkata, bukti yang diterima olehnya itu cukup menggambarkan individu berkenaan seorang penunggang agama.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, individu tersebut dilihat mengajak mangsa untuk ‘check in’ di hotel.
Tambah Caprice, individu yang dianggap idola agama didakwa cuba mencari ramai mangsa dan membawa mereka ke jalan yang tidak baik.
Malaysia tak faham maksud fitnah akhir zaman. Bukan fitnah-fitnah untuk nak jatuhkan agamawan. Tapi agamawan yang berwatak agamawan tapi sebenarnya pun**. Watak ni real fitnah akhir zaman.
Dekat luar, buat nampak macam nak buat orang lagi rapat dengan agama. Tapi dalam diam, cari mangsa dan cuba ajak mereka ke jahanam. Idola agama korang.
Dalam pada itu, Caprice memohon kepada individu yang terlibat untuk tampil menghubunginya bagi mengumpul bukti kukuh.
Sumber: Caprice