berita

Bulat Ke Petak? Jom Belajar Stailkan Tudung Ikut Bentuk Muka!

November 2nd, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trendy

Bila cakap pasal pemakaian tudung ni, korang mesti nak nampak perfect. Salah satu benda yang orang perempuan fikir bila pakai tudung mesti taknak muka korang nampak bulat dan pipi nampak chubby. Stress je bila korang ikut tutorial kat Youtube, tapi tak sama dengan Youtuber tu buat walaupun dah follow step by step.

Haa..bentuk muka orang semua berlainan tau. Tapi takpe, lepas ni korang bolehlah gayakan stail tudung yang korang suka sebab admin nak kongsikan tips pemakaian tudung yang sesuai ikut bentuk muka.

1. Bentuk muka bujur

Orang yang bermuka bujur ni boleh dikatakan beruntung juga lah sebab apa-apa stail pun korang boleh gayakan dan masih nampak lawa. Tak kira lah pakai bawal ke, shawl ke pasti nampak sesuai dipakai dan terletak.

Jadi korang boleh lah cuba fesyen-fesyen dan stail terkini tanpa rasa bimbang!

2. Bentuk muka bulat

Biasanya orang yang bermuka bulat ni panjang dan lebar muka hampir sama. Salah pilih tudung, muka korang akan nampak tembam. Admin cadangkan korang pakai anak tudung yang nipis sedikit.

Kredit: Mira Filzah

Kalau korang pakai shawl, lagi better buat stail loose kalau tudung bawal, bentukkan awningnya panjang sedikit. Lilitan shawl pun jangan terlalu ketat ye sis. Tudung bawal pulak korang cuma perlu lipat sedikit je kat tepi.

Kredit: Tenor

Cara ni boleh bagi effect yang membuatkan muka korang less chubby.

3. Bentuk muka panjang

Kredit: Bella Dally

Sama macam bentuk muka bujur, bentuk muka panjang pun jadi idaman ramai tau. Sebabnya kalau korang pandai stailkan tudung, muka korang akan kelihatan bujur. Pastikan tudung korang tidak menutup bahagian pipi supaya muka korang tidak nampak terlalu panjang.

Kredit: Elfira Loy

Pemakaian anak tudung pastikan ditarik ke bawah sedikit untuk menutup dahi dan memberi kesan wajah yang bujur.

4. Bentuk muka petak

Kredit: Neelofa

Bertuahnya orang yang bermuka petak ni sebab korang ada jawline panjang. Tetapi bila bab pemakaian dan stail tudung, korang boleh menutup sedikit rahang yang terlalu menonjol tu. Caranya sama macam stail tudung untuk si muka bulat, korang pakai stail shawl yang loose.

Kalau korang nak lilit shawl sekeliling leher, pastikan korang tidak memakai pin atau kerongsang di bawah dagu. Biar je shawl tu flowy okiess! Nak pakai tudung bawal pun okay je takde masalah hehe.

5. Bentuk muka heart

Kredit: Aisya Liyana

Korang yang mempunyai wajah berbentuk heart boleh menggayakan apa sahaja stail tak kira tudung bawal mahupun shawl. Pastikan awning tudung korang biar tajam sedikit untuk mengelakkan dahi nampak luas.

Elakkan awning yang terlalu bulat tau.

Tak kisah lah bentuk muka macam mana pun yang korang ada, bagi admin semua ada kecantikan masing-masing. Yang penting kena kenal bentuk muka korang, kreatif dan confident ye sis! Barulah nampak bergaya dan stailo bila berhijab.

Harap-harap tips admin berguna untuk sisters semua ye.

 

Sumber: Cloud MindFemale MagHaute Hijab

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×