berita

Buletin Utama ‘Buat Hal’ Lagi

July 9th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, Buletin Utama TV3 sering mendapat perhatian netizen gara-gara lebih terbuka dalam menyampaikan berita. Kalau sebelum ini, viral headline bola sepak yang agak lucu.

Kali ini, sekali lagi wartawan pula membuat lawak dengan menyanyikan lagu Siti Nurhaliza, ‘Comel Si Pipi Merah’. Nyanyian itu menghiburkan ramai penonton yang menganggap wartawan itu masuk air. Siapa dia?

Ting ting tang ting

Ramai netizen yang tertanya-tanya siapakah gerangan wartawan yang menyanyi lagu Siti Nurhaliza itu. Ramai yang meneka suara itu milik Safwan Sawi. Wartawan ini pernah viral ketika dahulu dengan berita fasa MRT 2.

Berita MRT

Safwan Sawi mempunyai 8 tahun pengalaman dalam Sri Pentas, Media Prima sebagai wartawan siaran TV3. Dia pernah memecahkan rekod apabila liputan beritanya di stesen Mass Rapid Transit (MRT) yang baru dibina ketika itu berjaya menjadi daya tarikan kepada penonton. Berita yang digayakan dengan bersahaja serta lenggok tubuh badan yang lucu membuatkan penonton tidak bosan menontonnya. Jadi tidak hairanlah kalau wartawan membuat perangai gila-gila kali ini.

Dah lama simpan perangai gila

Nyempat dia menyanyi eh

Dah boleh ujibakat suara

Syak reporter nak tukar kerjaya

Sumber : Izzat Kamarudin

The following two tabs change content below.

Most Read Today