Di Instagram, pelakon dan penyanyi, Bunga Citra Lestari mengundang kecaman ramai apabila tampil berpakaian seksi sambil dikelilingi lelaki ketika membuat persembahan di sebuah kelab baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Apa Haiwan Berbulu Tu? Bukan Main Goyang Ekor Dia’– Kelibat Anjing Dalam Rumah BCL Undang Kritikan Netizen
Artikel Berkaitan: Pakai Penampilan Sopan Ketika Bercuti, Netizen Puji Bunga Citra Lestari
Netizen kurang senang
Menerusi posting berkenaan, Bunga atau lebih mesra disapa BCL ini telah membuat netizen tidak senang duduk apabila dia mengenakan pakaian yang mencolok mata sehingga menampakkan lurah dadanya ketika menyanyi.
Bukan itu sahaja, isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair ini turut dilihat berpelukan dengan lelaki semasa persembahan itu berlangsung.
Susulan itu, ruangan komen tersebut dibanjiri dengan ucapan kurang senang warga maya yang rata-ratanya sedih dengan tindakan penyanyi berusia 40 tahun ini. Malah, sebahagian netizen beranggapan pakaian yang dipakai tersebut membuatkan arwah suaminya terseksa di kubur.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Bunga Citra Lestari