Perkongsian selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL mencuri perhatian warganet apabila penampilannya yang kelihatan sopan ketika sedang bercuti di Jepun bersama keluarganya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Ashraf Akan Sentiasa Di Hati’ – BCL Tak ‘Desperate’ Cari Suami Baru
Artikel Berkaitan: Lapan Bulan Berkurung, BCL Perlu Kekuatan Untuk Pulang Ke Malaysia – ‘Bukan Senang Ke Tempat Yang Banyak Memori’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hey Saya Makan Lah, Bukan Hamil!’ – BCL Sedih Jadi Mangsa ‘Body Shaming’
Tak seksi
Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik di Instagramnya, BCL kelihatan sedang menggayakan Kimono iaitu pakaian tradisional masyarakat di Jepun.
Penampilannya itu meraih pujian netizen kerana rupanya yang menawan dan pakaian yang kelihatan lebih tertutup berbanding sebelum ini.
Sebelum ini, pemilik lagu ‘Wanita Terbahagia’ itu tidak lagi asing menjadi perhatian netizen dengan cara pemakaiannya yang dianggap kurang sopan dan sering kali menerima komen-komen negatif.
Kan cantik begini…
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen Indonesia amat menyukai pemakaian BCL yang tidak menjolok mata, malah kelihatan lebih menawan dengan gaya sebegitu.
Sumber: Instagram @bclsinclair