berita

Bunga Citra Lestari ‘Disekolahkan’ Doktor, Pandai-Pandai Buat Ujian Swab Kepada Kawan

December 14th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi cantik Bunga Citra Lestri (BCL), baru-baru ini menerima kritikan yang hebat daripada netizen apabila dia bertindak melakukan ujian calit bagi Covid-19 terhadap rakannya. Lagi mengejutkan apabila ujian calit itu dilakukan tanpa sebarang bantuan petugas kesihatan.

Pelik tapi benar.

Terima kecaman hebat

Perkara tersebut dikongsi oleh kenalan BCL yang dikenali sebagai Vidialdiano menerusi instastory di Instagram. Isu ini bukan sahaja mendapat kritikan yang hebat daripada netizen, malahan turut mendapat perhatian seorang doktor yang dikenali sebagai Muhammad Fajri Adda’i.

Tidak berakhir di situ, Doktor Fajri turut ‘menegur’ tindakan BCL yang seakan ‘sesuka hati’ membuat ujian cait tanpa mempunyai sebarang kelayakan yang diperlukan. Jelas doktor itu lagi, jika salah teknik yang dilakukan ketika proses menjolok di hidung dan mulut , risau jika akan berlakunya pendarahan dan jangkitan di situ.

Jangkitan boleh berlaku

Sekadar gambar hiasan

Tidak berakhir di situ, doktor itu juga menjelaskan jangkitan boleh berlaku jika ujian calit dilakukan oleh individu yang tidak berkelayakan dalam bidang perubatan.

Sebelum ini, BCL meletakkan syarat kepada sesiapa sahaja yang mahu berjumpa dengannya dan perlu menjalani ujian calit yang dilakukan sendiri olehnya. Korang dekat rumah jangan sesuka hati eh nak buat ujian calit sendiri dekat rumah, pastikan anda buat di tempat yang diiktiraf.

Sumber: BCL

SKIP THIS AD ×