Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari enggan mengulas lanjut mengenai isu membabitkan suaminya, Tiko Aryawardhana yang ditahan polis berhubung dakwaan kes penyelewengan wang syarikat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bunga Citra Lestari ‘Tutup Kilang’ Anak, Takut Tanggung Risiko – ‘Saya Sudah 41 Tahun’
Artikel Berkaitan: Suami BCL Sangkal Dakwaan ‘Songlap’ Duit Syarikat Hampir RM2 Juta, Peguam Minta Buat Audit Semula
Enggan ulas
Ketika ditemui OhBulan!, Bunga berkata, dia menghormati suaminya dan meminta semua pihak untuk menunggu kenyataan daripada Tiko.
Boleh tak kalau saya tidak mahu ulas mengenai isu tersebut, sebaliknya ditanyakan sendiri kepada tuan badan dan biar dia yang keluarkan kenyataan.
Bunga berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai konsert minggu pertama Gimme The Mic Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad.
Terdahulu, media Indonesia melaporkan Tiko telah ditahan di Balai Polis Jakarta Selatan bagi memberi keterangan mengenai kes penyelewengan wang syarikat.
Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, AKBP Bintoro memaklumkan bahawa pihaknya sudah melaksanakan pemeriksaan lanjut terhadap Tiko.
Tiko didakwa dengan pertuduhan menggelapkan wang syarikat berjumlah RM1.7 juta yang dilakukan antara 2015 hingga 2021 oleh bekas isterinya, Arina Winarto.