berita

Bunuh, Goreng Kaki Teman Wanita Sebagai ‘Menu’ Makan Malam

April 22nd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Ukraine, seorang lelaki berusia 41 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki membunuh teman wanitanya. Lebih mengejutkan apabila suspek tergamak menggoreng dan memakan kaki mangsa.

Tikam leher teman wanita

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror Uk, suspek yang dikenali dengan nama Oleksandr bertindak kejam selepas dia dan teman wanitanya itu berparti dan mengambil minuman keras di rumah. Suspek yang berasa lapar pada ketika itu terus menyerang dengan menikam leher mangsa menggunakan pisau.

Suspek kemudian bertindak memotong kaki mangsa sebelum memasukkan bahagian anggota badan lain ke dalam guni. Lebih kejam apabila suspek mengheret guni yang berisi mayat teman wanitanya itu sejauh 500 meter dari rumahnya dan menyembunyikan di dalam semak berhampiran sungai. Kejadian tersebut telah disedari oleh salah seorang penduduk tempatan, Mykola yang melalui kawasan sungai berkenaan.

Saya dan anak mencari tempat memancing sebelum kaki tersadung pada guni itu. Saya kemudian mendapati ada punggung manusia terkeluar darinya.

Makan kaki mangsa kerana lapar

Penduduk tempatan kemudian cuba mengenalpasti identiti mangsa sebelum memberikan maklumat dan alamat teman lelaki mangsa kepada pihak polis.

Suspek telah ditahan oleh pihak polis di rumahnya. Hasil daripada siasatan mendapati suspek akhirnya mengakui tindakannya itu dan memberitahu pihak polis bahawa dia telah menggoreng kaki teman wanitanya itu ke dalam kuali sebelum memakannya kerana terlalu lapar.

Sumber: Mirror Uk, The Sun

SKIP THIS AD ×