berita

Bunuh Lapan Individu, Remaja 14 Tahun Ditahan Polis Di Mexico

March 17th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan oleh pihak berkuasa Mexico selepas disyaki membunuh lapan orang individu berkaitan kes dadah berhampiran Mexico City, pada Khamis lalu.

Artikel Berkaitan: Lelaki Dikerat Enam & Disumbat Dalam Bagasi

Artikel Berkaitan: Warga Emas Tembak Diri Sendiri Selepas Tinggal Dengan Mayat Reput Berbulan-Bulan

Serangan bunuh

Gambar sekadar hiasan

Remaja lelaki yang digelar sebagai ‘El Chapito’ itu bertindak melepaskan tembakan ke arah sebuah keluarga ketika menunggang motosikal di kawasan kejiranan berpendapatan rendah di Chimalhuacan.

Bagaimanapun, nama remaja lelaki itu tidak didedahkan tetapi nama samarannya dikenali ‘Little Chapo’ yang merujuk kepada ‘raja dadah’ yang telah dipenjarakan Joaquin ‘El Chapo’ Guzman.

Bukan itu sahaja, seorang lagi individu turut ditahan kerana terlibat dalam kes pembunuhan pada 22 Januari lalu, manakala tujuh lagi anggota kumpulan berkenaan ditangkap atas pertuduhan dadah.

Seramai lima orang dewasa dan dua kanak-kanak dilapor cedera akibat serangan terbabit. Difahamkan, ketika serangan berlaku, mangsa sedang mengadakan pesta hari lahir di rumah.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan motif pembunuhan itu kepada umum. Namun, kes melibatkan kumpulan dadah di Mexico sering membabitkan jenayah seperti penculikan dan pembunuhan kontrak. Malah, mereka juga akan membunuh pesaing yang menjual dadah di wilayah yang sama.

Sumber: Los Angeles Times

SKIP THIS AD ×