berita

Lelaki Dikerat Enam & Disumbat Dalam Bagasi

March 3rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Susulan siasatan pihak polis, seramai 15 orang warganegara asing telah ditahan berhubung kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya dikerat dan sebahagian badannya disumbat di dalam bagasi.

Artikel Berkaitan: Mayat Dikerat Enam Ditemui Dalam Bagasi Tepi Lebuh Raya

Artikel Berkaitan: Janda Dibunuh & Mayat Ditemui Di Balkoni Rumah, Skandal Mengaku Cincang Badan Mangsa

Kesemua suspek adalah rakan sekerja

Gambar sekadar hiasan

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil siastan mendapati kesemua suspek terdiri daripada warganegara asing. Mereka ditahan kerana membunuh mangsa gara-gara dendam peribadi memandangkan mereka semua adalah rakan sekerja sebagai pengawal keselamatan pangsapuri di Sungai Buloh.

Ketika kejadian mangsa telah dibunuh dan dikerat di dalam sebuah bilik stor pangsapuri tempat mangsa bekerja. Kemudian didapati sebahagian keratan tubuh mangsa berusia 48 tahun itu disumbat ke dalam bagasi dan sebahagian lagi ditemui di tepi jalan.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa suspek terdiri daripada 12 orang lelaki warga Nepal dan seorang wanita, seorang lelaki dan wanita warga Indonesia serta seorang lelaki warga Filipina yang berusia antara 24 hingga 54 tahun. Walau bagaimanapun, seorang daripada mereka masih bebas.

Terdahulu, mayat seorang lelaki yang telah dikerat ditemui di tepi jalan Kilometer 447, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran persimpangan Rawang Selatan pada Januari lalu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×