Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki telah membunuh diri dengan bertindak menembak dirinya sendiri setelah dipercayai berbulan-bulan tinggal bersama mayat yang telah reput di dalam sebuah rumah.
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Penyewa Berbogel Di Bilik Anak Perempuan, Bapa ‘Naik Hantu’ Lepaskan Tembakan
Artikel Berkaitan: Kritik Blackpink, PU Syed Terima Ugutan Bunuh – ‘Siap Kau, Pistol Dah Beli’
Jiran hidu bau busuk
Gambar sekadar hiasan
Kejadian yang berlaku di Texas, Amerika itu diketahui selepas jiran berdekatan rumah lelaki berusia 60 tahun itu membuat aduan kerana menghidu bau busuk dari dalam rumah tersebut dan mereka melihat kediamannya dipenuhi dengan lalat yang bersaiz besar.
Semalam saya sedang memotong rumput dan pergi ke halaman belakang rumah, lalu saya ternampak begitu banyak lalat yang bersaiz besar di kawasan rumah mereka.
Kami sangat terkejut dan amat mengerikan! Mayat lelaki itu hanya enam meter dari rumah kami.
Pihak polis kemudiannya bergegas ke tempat kejadian selepas beberapa jam menerima aduan. Sejurus tiba, pihak polis memasuki rumah berkenaan lalu terdengar bunyi tembakan dari dalam rumah. Ketika polis menerjah masuk, mereka mendapati seorang lelaki terbaring di atas lantai dengan kesan tembakan dan berlumuran darah.
Dalam pada itu, pihak berkuasa juga menemui satu lagi mayat lelaki yang telah reput di dalam sebuah bilik dan dipercayai ditinggalkan disitu sejak berbulan-bulan lalu.
Difahamkan kedua-dua lelaki itu tinggal serumah namun status perhubungan mereka tidak diketahui, malah jiran-jiran juga berkata mereka selalu mengasingkan diri dari orang lain.
Polis kini sedang menyiasat punca kematian kedua-dua lelaki terbabit.
Sumber: Mirror