Foto: Daily Star
Pada September 2019 lalu, seorang lelaki di Amerika Syarikat telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa membunuh dan memakan otak bekas teman wanitanya.
Makan otak bekas kekasih
Foto: Daily Star
Insiden ngeri itu berlaku pada tahun 2014 dan sebelum kejadian, suspek yang dikenali sebagai Joseph Oberhansley telah memecah masuk ke dalam rumah bekas teman wanitanya, Tammy Jo Blanton di selatan Indiana. Lebih mengerikan apabila suspek bertindak di luar kawalan sehingga tergamak membunuh, mengerat dan memakan bahagian badan dan otak mangsa.
Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis dan dihadapkan ke mahkamah. Suspek memberitahu bahawa dia juga memasak otak mangsa lalu memakannya. Tidak terhenti di situ, suspek turut meminta agar dirinya dikenakan hukuman mati.
Saya sangat penat berurusan dengan semua perkara ini dan dikurung dalam sangkar ini. Saya hanya mahu dihukum mati.
Pada September 2020, panel juri mencadangkan agar tertuduh dikenakan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol. Namun baru-baru ini, peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan rayuan supaya hukuman itu digugurkan. Hal ini kerana, dia mendakwa bahawa anak guamnya itu tidak wajar dipenjara seumur hidup kerana mengalami sakit mental yang agak teruk.
Sebagai rekod, sebelum ditangkap dalam kes pembunuhan Blanton, Joseph Oberhansley telah dibebaskan dengan parol kerana membunuh teman wanitanya, Sabrina Elder yang berusia 17 tahun.
Sumber: Daily Star