berita

Umpan Gelandangan Demi Nafsu Songsang, 400 Budak Lelaki Jadi Mangsa Bunuh Kejam The Beast!

August 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kisah pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang lelaki, Luis Alfredo Garavito Cubillos terhadap hampir 400 orang kanak-kanak telah menggemparkan dunia pada suatu ketika dahulu. Luis Garavito merupakan salah seorang pembunuh bersiri dan perogol yang sangat kejam! Jom ikuti kronologi pembunuhan yang berlaku di Colombia ini.

Punca Luis Garavito jadi pembunuh

Luis Alfredo Garavito Cubillos dilahirkan pada 25 Januari 1957 dan pada tahun ini usianya genap 63 tahun. Luis Garavito turut dikenali dengan panggilan Le Bestia aka The Beast, Tribilín, The Monster of Génova. Menceritakan kembali bagaimana Luis Garavito mula melakukan pembunuhan kejam ini adalah disebabkan tekanan yang dialaminya ketika dia masih kecil.

Luis Garavito telah didera secara fizikal dan seksual serta diabaikan semasa kecil. Lebih kejam apabila dia juga pernah diperkosa sebanyak 2 kali oleh lelaki yang berbeza. Bapa Luis Garavito adalah seorang kaki mabuk dan telah menghalang ketujuh-tujuh orang anaknya pergi ke sekolah sebaliknya mengarahkan mereka untuk bekerja. Luis Garavito turut dihalang daripada memiliki teman wanita dan telah dihalau keluar rumah beberapa kali oleh bapanya selepas mereka bergaduh.

Difahamkan, Luis Garavito telah meninggalkan rumah dan hidup berdikari dengan mencari kerja ketika usianya belasan tahun sebelum dirinya terdedah dengan alkohol. Pada usinya dalam lingkungan 20-an, Luis Garavito telah menghidap masalah kemurungan sehingga dia cuba membunuh diri tetapi tidak berjaya. Menurut sumber, Luis Garavito juga pernah bercinta dengan seorang wanita yang memiliki seorang anak kecil. Luis Garavito adalah seorang bapa yang sangat baik tetapi panas baran.

‘The Beast’ mulakan kerja kotornya

Berikutan dengan keadaan Colombia pada ketika itu sedang dilanda perang saudara, maka ramai kanak-kanak telah kematian ahli keluarga dan hilang tempat berteduh. Dengan situasi itu, Luis Garavito telah mengambil kesempatan dengan ‘menculik’ kanak-kanak gelandangan itu untuk memuaskan nafsu songsangnya. Selain kanak-kanak gelandangan, target utamanya adalah kanak-kanak yatim piatu.

Luis Garavito menggunakan taktik kotornya untuk mendekati kanak-kanak itu dengan menyamar sebagai paderi, penjaja jalanan, petani, pengemis dan sebagainya. Selain itu, dia juga turut ‘membantu’ memberikan wang dan makanan kepada mangsa. Disebabkan tidak mahu dicurigai, dia telah bertukar-tukar watak. Selepas mendapat kepercayaan daripada mangsa, Luis Garavito kemudian berbual-bual sehingga mereka keletihan. Hal ini secara tidak langsung memudahkan kerja kotornya itu. Pertama sekali Luis Garavito akan membuka pakaian mangsa sebelum menyeksa dan merogolnya.

Lebih kejam apabila dia tergamak memenggal kepala mangsa-mangsanya. Dubur mangsa ditikam dan dimasukkan benda tajam. Buah zakar mangsa dipotong sebelum dimasukkan ke dalam mulut mereka. Ada juga di antara mangsa yang telah dipotong tubuh badannya. Mayat mangsa telah ditanam dalam satu kubur yang besar.

Mayat-mayat mangsa ditemui

Semasa pembunuhan kejam yang berlaku sekitar tahun 1990-an itu, kebanyakan kanak-kanak lelaki berusia antara 8 hingga 16 tahun telah dilaporkan hilang. Namun, lima tahun kemudian baru pihak polis menjalankan siasatan selepas menyedari kehilangan kanak-kanak gelandangan itu. Mayat-mayat mangsa yang ditemui menunjukkan terdapat kesan-kesan seksual termasuk tanda gigitan dan penembusan pada dubur mereka.

Pihak polis kemudian menjumpai mayat kanak-kanak itu di lereng bukit. Pada November 1997, pihak polis telah menemui 36 tengkorak dan tulang kepunyaan kanak-kanak lelaki di Pereira iaitu sebuah kota penanaman kopi di kaki bukit Andes. Pada Februari 1998 pula, mereka sekali lagi menemui 3 mayat kanak-kanak di luar bandar Genova. Selain itu, pada November 1998, turut ditemui 13 mayat lelaki dan 12 mayat berisi dalam satu kubur besar.

Lebih mengejutkan apabila terdapat satu kertas yang tertera alamat rumah. Mereka kemudian menyerbu rumah terbabit, rupa-rupanya itu adalah rumah teman wanita Luis Garavito. Tetapi sayangnya, ketika diserbu, Luis Garavito tiada di rumah berkenaan dan mereka menemui satu jurnal yang menyenaraikan nama dan gambar mangsa.

Mengaku bunuh hampir 400 mangsa

Walaupun usaha pencarian telah diluaskan, tetapi mereka tidak berjaya memberkas Luis Garavito sehinggalah pada suatu hari pada tahun 1999, mereka telah menahan seorang lelaki yang disyaki melakukan jenayah rogol terhadap kanak-kanak lelaki di satu kawasan. Saksi kemudian membuat laporan mengenai insiden tersebut dan suspek berjaya ditahan. Rupa-rupanya suspek yang ditahan adalah Luis Garavito.

Semasa disoal siasat, Luis Garavito mengaku telah merogol dan membunuh hampir 300 kanak-kanak antara tahun 1992 dan 1999. Namun pihak polis mengesyaki Luis Garavito telah membunuh hampir 400 mangsa. Dia juga telah menunjukkan peta dan lokasi mangsa ditanam kepada pihak polis.

Dijadualkan bebas tahun 2021

Pada bulan Disember 1999, Luis Garavito didapati bersalah atas 138 pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara melebihi 1853 tahun tetapi di bawah undang-undang Colombia tempoh penjara maksimum yang perlu dijalani sebagai hukuman adalah 40 tahun (menurut Artikel 37.1 Kanun Keseksaan Colombia). Oleh kerana dia juga bekerjasama dengan polis dan menunjukkan lokasi beberapa mayat, hukumannya dikurangkan menjadi 22 tahun dan dijadualkan akan bebas pada tahun 2021.

Walaupun begitu, menurut sumber, Luis Garavito seolah-olah akan tinggal di penjara seumur hidup kerana undang-undang Colombia juga menyatakan bahawa orang yang melakukan kejahatan terhadap anak-anak tidak menerima ‘apa-apa faedah dengan keadilan.’ Oleh itu, dia berkemungkinan akan menghabiskan antara 60 hingga 80 tahun penjara.

Sumber: Mirror UK, History Collection, My Crime Library, Britannica

SKIP THIS AD ×