Mayat seorang individu ditemukan ditanam di belakang rumah selepas dipercayai dibunuh oleh saudara kandungnya sendiri dalam satu kejadian di Sungai Choh, Rawang pada Sabtu.
Dibunuh saudara kandung, mayat ditanam
Memetik laporan Berita Harian, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara adik-beradik berkenaan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka maut. Panik melihat mangsa sudah tidak bernyawa, suspek cuba menyembunyikan pembunuhan itu dengan cara menanam mayat mangsa di belakang rumah.
Walau bagaimanapun, kejadian itu disedari oleh ahli keluarga yang lain sebelum mereka bertindak menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan kejadian. Tambahnya lagi, maklumat lanjut termasuk kenyataan polis akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Sumber: Berita Harian